Terkini | DagangNews Skip to main content
Sunway Property sasar jualan sebanyak RM2.6 bilion pada 2024 didorong pelancaran 4 produk baharu

KUALA LUMPUR 22 Feb - Sunway Property Bhd menyasarkan jualan sebanyak RM2.6 bilion pada 2024 selepas kejayaan mencapai jualan RM2.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

 

Aplikasi MyRapid PULSE - AirAsia Ride tawar kelancaran perjalanan dari pintu ke destinasi

KUALA LUMPUR 22 Feb - Pengguna Rapid KL bakal menikmati perjalanan dari pintu ke destinasi yang lebih lancar dengan integrasi aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE (PULSE) bersama perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride.

 

Produktiviti buruh di Malaysia meningkat 0.7% pada suku keempat 2023 – DOSM

KUALA LUMPUR 22 Feb - Produktiviti buruh Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 0.7% pada suku keempat 2023 dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.3% bagi mencatatkan 9.4 bilion jam, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Embraer C-390 ada potensi untuk ganti pesawat Hercules C-130 TUDM

KUALA LUMPUR 22 Feb - Firma Embraer Defense and Security (Embraer) mengintai peluang untuk menawarkan pesawat pengangkut termoden, C-390 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan C-130 Hercules.

 

AirAsia rai penumpang penerbangan pertama dari Thiruvananthapuram ke Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 22 Feb - AirAsia meraikan ketibaan penumpang penerbangan sulung dari Thiruvananthapuram ke Kuala Lumpur yang menjadikannya laluan terus kedua syarikat penerbangan tersebut ke negeri Kerala, India selain Kochi.

 

Hasil Hong Leong Industries bagi 1HFY24 susut 8% kesan kelemahan jualan motosikal akibat pembiayaan terhad, kata Kenanga Research

KUALA LUMPUR 22 Feb - Kelemahan jualan motosikal berikutan pembiayaan terhad menjadi penyumbang utama kepada penyusutan hasil Hong Leong Industries Bhd sebanyak 8% pada 1HFY24.

 

Harga bata di Johor meningkat 25%, bantu industri meredakan kenaikan kos elektrik, buruh

KUALA LUMPUR 22 Feb - Harga bata di wilayah selatan Semenanjung Malaysia mencecah rekod tertinggi baru-baru ini setelah berlaku kenaikan mendadak sekitar 25% bagi perbandingan tahun ke tahun (YoY).

 

Momentum pemulihan Malaysian Pacific Industries perlahan, Kenanga Research kurangkan unjuran untung bersih 26% bagi FY24

KUALA LUMPUR 22 Feb - Kenanga Research mengurangkan unjuran keuntungan bersih Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) sebanyak 26% memandangkan momentum pemulihan kumpulan masih perlahan daripada jangkaan.

 

Jualan lebih lemah daripada jangkaan, Kenanga Research semak turun unjuran untung bersih Kotra Industries sebanyak 16% bagi FY24

KUALA LUMPUR 22 Feb - Kenanga Research menyemak turun unjuran untung bersih Kotra Industries Bhd bagi FY24 sebanyak 16% kesan daripada jualan yang lebih lemah daripada jangkaan.

 

Subscribe to Terkini