KUALA LUMPUR 2 Jan - Mah Sing Group Bhd meraikan kejayaan menjual kesemua 1,672 unit apartmen M Luna, iaitu dua menara 57 tingkat seluas 2.21 hektar di Kepong dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM705 juta.
KUALA LUMPUR 2 Jan - Canon Marketing Malaysia mengumumkan beberapa perubahan kepimpinan strategik, berkuat kuasa mulai 2 Januari 2024, yang mana pelantikan itu bertujuan untuk terus memacu pertumbuhan dan mendorong inovasi dalam pasaran di negara ini.
KUALA LUMPUR 2 Jan - HeiTech Padu Berhad telah menerima kontrak bernilai RM58.9 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian internet generasi akan datang.
KUALA LUMPUR 2 Jan - Pangkalan Data Utama (PADU), yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan fokus kepada penyaluran subsidi yang adil akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini dengan pelaksanaan kelayak
KUALA LUMPUR 2 Jan - Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang beroperasi secara percuma selama 42 hari sebelum ini akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa bermula 3 Januari 2024.
KUALA LUMPUR 2 Jan - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan Malakoff Corporation Berhad mencatatkan kerugian pada FY23 kesan daripada margin bahan api negatif yang ditanggung kumpulan itu.
KUALA LUMPUR 2 Jan - LYC Healthcare Bhd mengambil alih 49% kepentingan rakan usahasama (JV) Singapura dalam kemudahan penjagaan pantang 67 bilik di Johor Bharu dengan bayaran tunai RM4.5 juta, yang akan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM300,000.
KUALA LUMPUR 2 Jan - Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan penempatan semula kampus baharu Akademi MAB (MABA) dari Kelana Jaya ke 'South Support Zone' di Sepang, yang mula beroperasi pada 15 Disember 2023.