Terkini | DagangNews Skip to main content

Teo Seng beri jaminan telur tercemar Salmonella Enteritidis tidak dijual, pengeluaran digantung

KUALA LUMPUR 17 Okt - Teo Seng Capital Bhd. menggantung pengeluaran telur dari Layer Farm 1 dan memberi jaminan ia tidak akan dijual di pasaran domestik mahupun eksport.

 

HLIB positif terhadap langkah Evergreen Fibreboard pindah kilang pembuatan ke Indonesia

KUALA LUMPUR 17 Okt - Evergreen Fibreboard Berhad akan memindahkan 19% daripada kapasiti pembuatan papan gentian ketumpatan sederhana (MDF) dari Batu Pahat ke Indonesia dengan kerja-kerja itu akan dilakukan pada 4QFY22.

 

Kelulusan ST baik pulih janakuasa hidro Sungai Perak tidak beri kesan ketara kepada TNB

KUALA LUMPUR 17 Okt - AmInvestment Bank positif dengan prospek Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berikutan kelulusan yang diterimanya daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membaik pulih loji janakuasa hidroelektrik Sungai Perak dengan kapasiti 650.75MW.

 

Bantuan Musim Tengkujuh bukti kejayaan gagasan, keprihatinan Keluarga Malaysia - Mahdzir

TAPAH 17 Okt - Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dinaikkan sebanyak RM200 membuktikan kejayaan gagasan dan keprihatinan Keluarga Malaysia untuk semua makmur bersama, dengan semua lapisan masyarakat mendapat pembelaan sewajarnya.

 

PM umum bantuan khas one-off RM1,000 kepada Tok Batin, penghulu

TAPAH 17 Okt - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan 'buah tangan' menerusi pemberian one-off sebanyak RM1,000 kepada setiap Tok Batin dan penghulu, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM624,000.

 

RHB Investment semak semula unjuran harga minyak mentah Brent bagi 2022-2024 ekoran permintaan dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 17 Okt - RHB Investment Bank menyemak semula unjuran harga minyak mentah Brent bagi tahun ini sekitar AS$102 setong, lebih rendah berbanding sebelum ini pada AS$108 setong. 

 

PM setuju hutang lapuk Felcra bernilai RM233.8 juta dihapus, bergantung kelulusan Kabinet selepas PRU15

TAPAH 17 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara dasarnya telah bersetuju untuk menghapuskan hutang lapuk Felcra Berhad (Felcra) sebanyak RM233.8 juta.

 

Sunview Group buat penampilan sulung di Pasaran ACE dengan harga saham 105.1% lebih tinggi

KUALA LUMPUR 17 Okt - Sunview Group Berhad membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 59.5 sen, peningkatan 105.1% premium berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 29 sen.

 

PRU15 : Impak risiko politik kepada pasaran yang tidak boleh dipandang remeh

KUALA LUMPUR 17 Okt - Prospek pasaran ekuiti Malaysia masih kekal membimbangkan pada suku akan datang dengan tinjauan pertumbuhan 2023 dilihat masih terumbang-ambing dipengaruhi ketidaktentuan luaran selain mengambil kira impak daripada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). 

Mister Potato umum Neymar Jr sebagai duta jenama baharu

KUALA LUMPUR 17 Okt - Sempena penganjuran kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baharu Mister Potato. 

 

Subscribe to Terkini