Terkini | DagangNews Skip to main content

FGV sasar bekal 90,000 liter susu segar kepada Gigi Coffee menjelang Disember 2022

KUALA LUMPUR 12 Sept - FGV Dairy Farm Sdn. Bhd. menerusi jenama susu Bright Cow berhasrat mengukuhkan jenamanya dengan merancang membekalkan 90,000 liter susu sebulan kepada rangkaian Gigi Coffee menjelang Disember 2022.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diaktifkan segera hadapi banjir besar - PM

KUALA LUMPUR 12 Sept - Kerajaan hari ini bersetuju supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini yang dijangka bermula

Bekalan minyak sawit mentah meningkat 13.25% pada Ogos 2022 - MPOB

KUALA LUMPUR 12 Sept - Bekalan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Ogos 2022 meningkat sebanyak 13.25% kepada 1.02 juta tan daripada 905,946 tan pada bulan sebelumnya.

 

MARC Ratings semak naik unjuran KDNK 2022 kepada 6.5%, jangka kenaikan OPR November ini

KUALA LUMPUR 12 Sept - MARC Ratings menyemak naik unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2022 kepada 6.5% berbanding 5.5% sebelum ini berikutan permintaan domestik dijangka kukuh disokong antara lain, pemulihan pasaran buruh. 

 

MIDF Research unjur dagangan runcit berkembang 17.6% pada 2022

KUALA LUMPUR 12 Sept - MIDF Research mengunjurkan dagangan runcit negara akan berkembang sebanyak 17.6% pada 2022.

 

Vendfun perkenal kios F&B tawar sistem pesanan layan diri untuk restoran

KUALA LUMPUR 12 Sept - Vendfun melancarkan kios makanan dan minuman (F&B) yang dilengkapi sistem pesanan layan diri untuk restoran, kafeteria dan medan selera. 

 

Widad Builders raih kontrak pembinaan RM40 juta bagi projek The Langkasuka 

KUALA LUMPUR 12 Sept -  Widad Group Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn. Bhd. meraih kontrak pembinaan dan kerja tanah bernilai RM40 juta bagi projek The Langkasuka di Langkawi, Kedah. 

 

Maybank pindah ibu pejabat ke Menara Merdeka 118, dijangka pada suku pertama 2025

KUALA LUMPUR 12 Sept - Maybank akan memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak di sini ke Menara Merdeka 118, menjelang suku pertama 2025.

 

Reservoir Link Energy terima LOA bagi projek loji solar bernilai RM16.7 juta di Perak

KUALA LUMPUR 12 Sept - Reservoir Link Energy Berhad menerusi anak syarikatnya, Founder Energy Sdn. Bhd. menerima menerima surat anugerah daripada Savelite Engineering Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan dan pentauliahan loji solar fotovoltaik berskala besar 25MWac di Perak.

Bolehkah PRU pengaruhi keputusan BNM tentukan kadar OPR? Ini analisis Maybank IB

KUALA LUMPUR 12 Sept - Penentuan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) sama sekali tidak relevan dengan pilihan raya umum (PRU), jelas Maybank Investment Bank (IB) Research. 

 

Subscribe to Terkini