Untung bersih Q4 Petronas Gas susut 10% kepada RM452.63 juta
KUALA LUMPUR 22 Feb - Petronas Gas Bhd. merekodkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM452.63 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021, susut 10% daripada RM503.35 juta bagi tempoh sama 2020.