Skip to main content
Kolum DEWI - 12 February 2021

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

 

 

PEMALAS didefinisikan sebagai satu perbuatan atau sifat amalan yang menjadikan individu itu hidup dalam jiwa yang kosong tanpa berfikir usaha yang perlu dilakukan, jiwa hanya menyatakan mengharap dan meminta. Berat tulang ditambah dengan malas berfikir menjadikan indivdiu pemalas ini tidak mahu berbuat sesuatu.

 

Bolehlah dinyatakan bahawa sudah tidak ada sifat malu kepada individu kini apabila mengamalkan sifat malas terhadap kehidupan diri sendiri dan tidak mengambil tahu akan kesan amalan sifat malas itu amat berat menyusahkan kepada kehidupan persekitaran, kini dan selamanya.

 

Tidakkah kita takut sekiranya pengamal sifat pemalas akan lebih agresif dengan cara mengguna pakai keupayaan orang lain sebagai landasan dan tumpangan untuk mendapat nikmat yang amat diperlukan di dalam kehidupan harian?

 

Atau kita juga jadi pemalas dengan membiarkan saja sifat malas itu berleluasa kerana berfikiran biarlah mereka yang menjadi pemalas dan tidak mengganggu usaha kehidupan orang lain.

 

 

dewi

 

 

Sifat malas merupakan satu kecuaian yang dilaksanakan dalam amalan kehidupan harian, banyak bukti yang berlaku disebabkan peningkatan sifat pemalas, salah satu adalah sifat malas telah menjadikan individu malas berfikir menjadi seorang yang berinovatif dan kreatif.

 

Sikap malas dikaitkan dengan kurang ilmu pengetahuan kerana malas belajar dan tidak mahu mengambil tahu nilai pembelajaran terkini

 

Racun di dalam kehidupan manusia yang amat bisa adalah dengan mempunyai sikap malas dan rela menumpang usaha mereka dipersekitaraan. Kewujudan sikap malas ini boleh meracuni akan usaha dan peningkatan kehidupan individu persekitaraan dimana sudah pasti kehidupan akan menjadi pincang dan gagal.

 

Apabila malas untuk mengambil tahu akan keperluan untuk bijak belajar, malas mencari nilai ilmu dan pembelajaran yang terkini, situasi ini telah menjadi satu situasi yang kritikal dan inilah dikatakan sebagai sifat malas yang amat beracun dan menghancurkan kesuburan nilai ilmu dan pembelajaran individu terkini.

 

Sebagai contoh, individu yang memerlukan sebarang maklumat atau penjelasan dalam sebarang persoalan adalah amat mudah untuk didapati melalui internet,  kenapa kemudahan untuk mendapatkannya dikaitkan pula dengan sifat malas?

 

Ada individu berusaha mendapatkan maklumat dan menghuraikannya bagi menyelesaikan sebarang persoalan yang memerlukan jawapan terkini.

 

CUT & PASTE

Tetapi ada golongan individu yang mendapatkan maklumat dan menjawab sebarang persoalan tanpa penghuraian yang berinovatif dan kreatif. Keadaan ini mudah dikategorikan pengamal budaya ‘cut and paste’.  Pengamal budaya ‘cut and paste’ ini telah menyuburkan lagi sifat malas untuk setiap indivdiu.

 

dewi

 

Amat ditakuti apabila generasi muda menjadikan budaya ‘cut and paste’ itu menyuburkan sifat malas dan menghasilkan generasi yang pincang di dalam pemahaman nilai ilmu pengetahuan. Mereka menjadi peniru, menjadi seorang yang tidak berinovatif dan menjadi seorang yang tidak kreatif.

 

Malah ia terus menjadikan mereka generasi yang tidak malu mengamal sikap malas kerana semua informasi amat mudah didapati tanpa perlu menelaah dengan terperinci dan tanpa perlu memikirkan hasilan asal itu perlu ada kepelbagaian yang lain melalui pemgamalan pemikiran yang berinovatif dan kreatif.

 

Berapa peratus bilangan generasi sekarang yang begitu tidak peduli terhadap usaha mencari ilmu dengan lebih ikhlas dan jujur? Persoalan ini tidak dapat dijawab dengan bukti bacaan statistik tetapi terbukti dengan kepincangan nilai dan qualiti kehidupan individu.

 

Penghasilan sifat malas untuk berusaha kepada berilmu dengan lebih ikhlas dan jujur adalah terbukti,  ini seperti qualiti kehidupan semakin menurun dengan jumlah pendapatan yang semakin rendah.

 

Nilai usaha untuk lari dari kehidupan kurang berpendapatan dan berusaha untuk mencari pendapatan yang terbaik tanpa berbicara kosong mengenai ekonomi semasa adalah wujud ini juga disebabkan oleh pengamalan dengan bangga terhadap nilai malas dalam kehidupan diri sendiri.

 

Adakah sistem kehidupan terkini telah menjadikan individu itu lebih bersifat pemalas dan bukannya menjadi seorang yang lebih berinovatif dan kreatif?

 

Pengamalan cara hidup yang tidak bimbang kewujudan nilai malas

Saya si pemalas, bukannya awak? Kesan bagi persoalan ini bakal memberi kesan kepada kehidupan keseluruhan di dalam masyarakat. Sebagai contoh sekiranya di dalam organisasi itu mempunyai 20 orang kakitangan dan 5 orang kakitangan mengamalkan persoalan ini maka kesan kepada tahap prestasi organisasi yang berkualiti akan menurun atau pincang.

 

Kesan sikap malas di dalam kehidupan berkeluarga iaitu nilai malas yang ada di dalam kehidupan berkeluarga bakal menghasilkan individu yang tidak berkualiti dan individu yang gagal membuktikan nilai kreatif serta bakat yang ada di dalam diri sendiri.

 

dewi

 

Nilai malas di dalam kehidupan dapat menggariskan akan individu itu sering berkhayal, membaca tetapi tidak lahirkan hasil bacaan, menulis tetapi tidak pelbagaikan tajuk dan penyelesaian persoalan tulisan dan berterusan tidur tanpa ada matlamat untuk dilaksanakan apabila bangun nanti.

 

Malas telah  menghapuskan semangat untuk kuat menghadapi kehidupan, malas telah menjadikan individu itu sebagai indivdiu yang mengharap sesuatu daripada yang lain dan juga malas menjadikan indivdiu itu sebagai peminta yang tidak malu.

 

Maka di dalam pengamalan cara hidup semasa harus diutamakan akan takut  jangkitan nilai malas dan amalan nilai malas di dalam kehidupan harian, biar miskin harta tetapi jangan kaya sifat malas.

 

Sifat malas menjadikan diri individu sebagai juara di dalam membuang masa dalam kehidupan harian dan racun kepada keharmonian kehidupan bersama dengan itu akan berlaku perpecahan dan tidak bersatu padu akan wujud disebabkan amalan sifat malas tersebut.

 

Bangga menjadi pemalas dan tidak takut pengamal nilai malas di dalam kehidupan

Bila tidak ada usaha yang dilakukan bagi memberi ruang kehebatan dan kemampuan di dalam kehidupan dari segi hasil pendapatan dan perhubungan semasa,  keadaan ini dapat dirungkaikan sebagai seorang individu yang begitu bangga menjadi seorang pemalas, justeru menjadi seorang yang tidak segan dan tidak takut bagi menghadapi kesan nilai malas yang ada di dalam kehidupan sendiri.

 

Ciri yang selalu ada kepada seorang individu yang malas apabila banyak alasan untuk diberikan tugasan atau sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sendiri, selalu merasa gundah gulana atas kehidupan sendiri tanpa usaha dan perasaan sedih kerapkali dipertontonkan untuk belaian simpati.

 

dewi

 

Jarang untuk kita memperkatakan atau membincangkan istilah malas dan pemalas secara telus, apabila tiada ruang untuk ungkapkan secara jelas individu yang pemalas maka perilaku pemalas itu dipraktiskan tanpa rasa malu dan henti.

 

Sebagai contoh, kini individu merasa bangga apabila diketahui tidak bangkit awal daripada tempat tidur kerana semalam sibuk hingga jam 4 pagi untuk berbicara kisah semasa tanpa penyelesaian penceritaan tersebut, maka keadaan menjadi penyebab sifat pemalas kini makin tersembunyi.

 

Inilah diperkatakan dengan keadaan dan situasi  yang tidak memerlukan penjelasan dan menjadikan sifat malas itu tersembunyi tanpa bukti, maka akan wujudlah individu-individu pemalas yang bercerita tanpa berusaha.

 

Terbukti peningkatan bilangan warga muda lelaki atau perempuan yang terjerumus dalam perniagaan jual diri, perniagaan ini adalah perniagaan yang paling mudah untuk dapatkan pulangan tanpa berusaha hebat, dan mereka yang memilih untuk ini adalah seorang individu pemalas dan bangga mempunyai sikap malas dalam kehidupan sendiri.

 

Keberangkalian peningkatan serangan penyakit COVID-19 kini mungkin disebabkan nilai malas yang tinggi bagi setiap individu di merata tempat. Malas mengambil berat mengenai kebersihan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, malas untuk melaksanakan dan menunaikan SOP yang telah dinyatakan, malas bekerjasama sesama masyarakat untuk menghindari jangkitan penyakit ini dan malas untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pandemik Coronavarius (COVID-19).

 

Senarai ini yang jelas menyatakan bahawa sifat malas individu juga penyumbang kepada peningkatan serangan dan penyebaran penyakit Covid19.

 

Kini banyak kemudahan yang dicipta disalah faham oleh setiap individu iaitu sebagai contoh sudah ada tempat untuk membasuh pakaian dengan hanya bayar, tunggu baju kering dan sementara tunggu sempat untuk melayari internet.

 

dewi

 

Tetapi ada individu tersebut tidak memastikan pakaian itu bersih, dilipat dan disusun dengan baik maka nilai malas individu terhadap perbuatan ini jelas dimana tindakan membasuh pakaian perlu dilakukan kerana terdesak untuk salinan pakaian harian.

 

Dan satu lagi contoh bila ada penjual jenis kain yang menyatakan bahawa kain tersebut tidak perlu diseterika atau digosok dan tidak akan berkedut.

 

Adakah pembeli jenis kain tersebut membeli disebabkan oleh memudahkan penyusunan pakaian, memakai baju dengan kemas dan penghasilan pembuatan baju, tudung daripada kain tersebut atau disebabkan niat malas untuk mengambil tahu mengenai penyediaan pakaian tersebut nanti.

 

Penciptaan produk tersebut adalah hasil daripada nilai pemikiran individu yang berinovatif dan kreatif tetapi diguna pakai oleh individu yang menjadikan penciptaan tersebut sebagai pemudahcara untuk merehatkan usaha diri bagi memperkembangkan sifat malas yang ada di dalam diri sendiri.

 

Terlalu kritikal untuk menghuraikan secara terperinci mengenai sifat malas dan berterusan menjadi pemalas kerana di persekitaran individu mempunyai banyak pengaruh yang berusaha untuk menjadikan individu tersebut memelihara sifat malas justeru menjadi pemalas.

 

Jangan hanya berhati-hati dengan sebaran dan jangkitan kuman COVID-19 tetapi perlu berhati-hati dan bimbang dengan sifat malas yang ada dan dipraktikkan tanpa rasa malu, bosan dan rugi. Jangan biarkan diri sebagai seorang yang mempunyai pelbagai jenis sifat malas, maka segan dan takutlah bila digelar sebagai PEMALAS.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags