Terkini | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Solarvest melonjak 104.7% pada 3QFY24 didorong peningkatan hasil

KUALA LUMPUR 28 Feb - Solarvest Holdings Berhad mencatatkan lonjakan keuntungan bersih 104.7% pada suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24), didorong pertumbuhan hasil yang stabil dan sumbangan daripada segmen perniagaan pembangunan projek tenaga solar.

 

Mahasiswa UPM anjur Kem Jati Diri beri pendedahan pembelajaran universiti untuk pelajar SPM di Pontian

KUALA LUMPUR 28 Feb - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah menengah terpilih bagi memberi tumpuan kepada modul pengenalan program Asasi Sains Pertanian dan pendedahan pembela

Untung bersih Bumi Armada merosot 55% kepada RM332 juta pada FY23 

KUALA LUMPUR 28 Feb - Keuntungan bersih Bumi Armada Bhd merosot 55% kepada RM332 juta pada tahun kewangan 2023 (FY23) daripada RM732 juta tahun sebelumnya berikutan sumbangan lebih rendah daripada kapal penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) Armada Kraken.

Resorts World Genting tutup dua kasino berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR 28 Feb - Resorts World Genting Bhd mengumumkan penutupan dua daripada tiga kasino yang dikendalikannya di Genting Higland, berkuat kuasa Rabu.

 

CelcomDigi, Amazon Web Services jalin kerjasama cipta rumusan penjanaan kecerdasan buatan

KUALA LUMPUR 28 Feb - CelcomDigi Bhd dan Amazon Web Services (AWS), peneraju awan dunia, memeterai perjanjian kerjasama bagi memanfaatkan keupayaan AWS untuk mencipta bersama rumusan penjanaan kecerdasan buatan (AI) bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan operasi dan menyampai

Keuntungan sebelum cukai Maybank susut 6.6% kepada RM2.9 bilion pada 4QFY23 

KUALA LUMPUR 28 Feb - Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM2.9 bilion dalam suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23), menurun 6.6% berbanding RM3.5 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

 

CelcomDigi meterai MoU untuk sertai inisiatif Gerbang Terbuka GSMA

KUALA LUMPUR 28 Feb - CelcomDigi Bhd dan GSMA memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka pelaksanaan Gerbang Terbuka GSMA yang berciri global, saling beroperasi, bersekutu bagi membolehkan ketersambungan sejagat lancar.

 

Untung bersih suku keempat Public Bank susut 5.73% kepada RM1.62 bilion

KUALA LUMPUR 28 Feb - Untung bersih Public Bank Bhd susut 5.73% kepada RM1.62 bilion dalam suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) daripada RM1.71 bilion setahun sebelumnya.

 

Bank UAE laksana transformasi perkhidmatan pelanggan menerusi Mesin Juruwang Maya X-Series Generasi Ketiga Emerico 

KUALA LUMPUR 28 Feb - Salah sebuah daripada bank terbesar Emiriah Arab Bersatu (UAE) beralih kepada Emerico dengan memilih Mesin Juruwang Maya X-Series Emerico dan platform Transformasi Digital Alexis sebagai sebahagian strategi transformasi digitalnya bagi merevolusikan landskap

Malaysian Genomics catat kerugian bersih RM6.06 juta pada 6QFY23

KUALA LUMPUR 28 Feb - Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) mencatatkan kerugian bersih RM6.06 juta pada suku keenam tahun kewangan 2023 (6QFY23) berbanding kerugian RM1.23 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Subscribe to Terkini