Terkini | DagangNews Skip to main content

Pengeluaran wang tunai di ATM antara bank dicaj RM1 bermula 1 Februari 2022

KUALA LUMPUR 31 Jan - Bermula 1 Februari 2022, bank akan mengenakan semula caj pengeluaran RM1 kepada pelanggan yang menggunakan khidmat pengeluaran wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank.

 

Dakwaan buruh paksa: Tindakan AS terhadap Sime Darby tidak berasas - Zuraida

KUALA LUMPUR 31 Jan - Tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mendakwa Sime Darby Plantation (SDP) terbabit dalam kegiatan buruh paksa adalah bersifat terburu-buru dan tidak berasas.

 

Peraturan baharu Indonesia, lonjak harga MSM ke paras tertinggi RM5,700 

KUALA LUMPUR 31 Jan - Niaga hadapan minyak sawit mncecah paras tertinggi baharu pada RM5,700 satu tan dalam dagangan awal pagi ini apabila peniaga cuba mengambil untung akibat pengurangan bekalan daripada pengeluar dan pengeksport utama Indonesia.

 

Grab lengkapkan pengambilalihan saham utama Jaya Grocer

KUALA LUMPUR 31 Jan - Grab Holdings Limited (Grab), aplikasi super tekenal di Asia Tenggara secara rasminya berjaya melengkapkan pengambilalihan saham majoriti di dalam kedaian rantaian terkemuka di Malaysia, Jaya Grocer Holdings Sdn. Bhd.. 

 

CBP tawar produk pembiayaan peribadi-i Al-Yaseer dengan kadar terapung kepada pelanggan baharu

KUALA LUMPUR 31 Jan - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan produk pembiayaan peribadi-i Al-Yaseer dengan kelebihan kadar terapung kepada pelanggan-pelanggan baharu berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

 

Genting Skyworlds tawar diskaun 20% harga tiket bersempena pembukaan pra-pelancaran taman tema

KUALA LUMPUR 31 Jan - Bersempeana pembukaan pra-pelancaran Taman Tema Genting SkyWorlds, syarikat itu menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022.

Sukuk Cagamas terlebih langgan daripada saiz permulaan RM500 juta meningkat kepada RM930 juta

KUALA LUMPUR 31 Jan - Cagamas Berhad mengumumkan terbitan agregatnya sebanyak RM1.03 bilion merangkumi RM100 juta setahun untuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan terbitan IMTN selama tiga tahun bernilai RM930 juta.

 

Gula apong Sarawak 'tawan' pasaran Arab Saudi

KUALA LUMPUR 31 Jan - Ramai yang mengenali gula melaka dan menjadikannya sebahagian daripada diet harian. Tetapi tidak ramai yang mengenali gula apong yang merupakan manisan asli yang berasal dari Sarawak ini.

 

Touch 'n Go eWallet, FamilyMart perkenal FamiDelivery

KUALA LUMPUR 31 Jan - Touch ‘n Go eWallet dan FamilyMart menjalin kerjasama memperkenalkan perkhidmatan FamiDelivery untuk pengguna menikmati penghantaran terus ke pintu rumah menerusi pembelian di premis peruncitan itu.

 

Gangguan rantaian bekalan boleh jejaskan dagangan pada 2022 - Penganalisis

KUALA LUMPUR 31 Jan - Perdagangan Malaysia akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi pasca pandemik meskipun penularan varian baharu COVID-19, Omicron masih membimbangkan. 

 

Subscribe to Terkini