Terkini | DagangNews Skip to main content

Phillip Capital unjur TT Vision catat pendapatan lebih tinggi pada 2QFY24 disokong pesanan kukuh

KUALA LUMPUR 25 Julai - Phillip Capital mengunjurkan TT Vision Holdings Bhd mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) didorong peningkatan penghantaran dan pesanan yang kukuh.

 

PKNS rancang bangunkan projek hartanah dengan GDV sehingga RM1 bilion

KUALA LUMPUR 25 Julai - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) rancang untuk membangunkan projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM800 juta hingga RM1 bilion pada tahun ini.

 

Taraf penarafan TNB dinilai semula kepada 'Pegang' daripada 'Beli' - AmInvestment

KUALA LUMPUR 25 Julai - AmInvestment Bank Research (AmInvestment) menyemak taraf saranan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada 'Beli' kepada 'Pegang' berikutan kenaikan harga sahamnya yang mendekati nilai wajar RM14.55 sesaham.

 

Bumi Armada JV dengan Uniper UK teroka peruntukan penyimpanan karbon di United Kingdom

KUALA LUMPUR 25 Julai - Usaha sama (JV) Bumi Armada Bhd Bluestreak CO2 Ltd telah bekerjasama dengan Uniper (UK) Ltd yang berpangkalan di Düsseldorf untuk meneroka pelaksanaan kemudahan penyimpanan cecair karbon dioksida (CO2) terapung terapung dan penyelesaian pembawa cecair CO2.

Pendapatan AME REIT bagi FY26, FY27 diramal naik sehingga 4% dipacu pengambilalihan 4 hartanah industri di Iskandar Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Julai - RHB Investment menyemak naik ramalan pendapatan FY26 dan FY27 AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) antara 3% hingga 4% selepas mengambil kira cadangan pengambilalihan empat hartanah industri pajakan di Iskandar Malaysia.

 

Usaha UEM Sunrise lupuskan ekuitinya dalam syarikat di Afrika Selatan gagal sekali lagi

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd pelupusan 80.4% pegangannya dalam Roc-Union Proprietary Ltd Afrika Selatan tidak berjaya lagi apabila pembeli Azishe Properties Proprietary Ltd gagal memenuhi kewajipan pembayarannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

AirAsia X angkut 880,265 penumpang pada 2Q24, melonjak 42% YoY

KUALA LUMPUR 25 Julai - AirAsia X Bhd (AAX) membawa sejumlah 880,265 penumpang pada suku kedua 2024 (2Q24), melonjak 42% tahun ke tahun (y-o-y) dan melepasi pertumbuhan 25% tahun-tahun di tempat duduknya setiap kapasiti kilometer (ASK).

 

MN Holdings peroleh kontrak RM136.2 juta bagi kerja-kerja kejuruteraan pencawang pusat data di Johor

KUALA LUMPUR 24 Julai - Syarikat utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang, MN Holdings Bhd menerusi MN Power Transmission Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan pencawang bagi pusat data bernilai RM136.2 juta di Johor.

 

Dua syarikat tenaga China berminat melabur lebih AS$10 bilion dalam sumber tenaga hijau Sarawak

KUALA LUMPUR 24 Julai - Dua syarikat tenaga dari China menyatakan hasrat mereka untuk melabur lebih AS$10 bilion (RM46.5 bilion) dalam pembangunan sumber tenaga hijau di Sarawak.

 

Gangguan IT global jejaskan 5 agensi kerajaan, 9 syarikat - Gobind

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai 2024, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

 

Subscribe to Terkini