Terkini | DagangNews Skip to main content

Leform raih kontrak bernilai RM6.2 juta untuk pemasangan pagar di Lebuhraya WCE

KUALA LUMPUR 30 Mei - Leform Bhd menerusi anak syarikatnya, LF Engineering Sdn Bhd menerima surat anugerah (LOA) dan melaksanakan perjanjian subkontrak untuk kontrak bernilai RM6.2 juta daripada usaha sama IJMC-KEB.

 

Kunal Tayal kini pemegang saham utama Green Packet setelah Lim Kok Han melupuskan 358.18 juta saham

KUALA LUMPUR 30 Mei - Datuk Seri Andy Lim Kok Han tidak lagi menjadi pemegang saham utama Green Packet Bhd selepas melupuskan 358.18 juta saham dalam kumpulan itu pada 26 Mei 2023.

 

DRB-Hicom bakal meraih manfaat pertumbuhan kukuh segmen automotif - HLIB Research

KUALA LUMPUR 30 Mei - Konglomerat DRB-Hicom Bhd dijangka terus memanfaatkan segmen automotif yang kukuh pada tahun kewangan 2023 sejajar dengan usahanya untuk terus mengukuhkan kedudukan automotifnya di Malaysia.

 

BAT Malaysia catat untung bersih RM40.32 juta, susut berbanding tahun lalu disebabkan peningkatan pengguna vape dan rokok seludup

KUALA LUMPUR 30 Mei - British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM40.32 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1Q23) daripada keuntungan bersih RM52.28 juta setahun lalu.

 

Southern Cable terima LOA bekal sistem bateri untuk TM bernilai RM44.8 juta

KUALA LUMPUR 30 Mei - Southern Cable Group Bhd menerima surat anugerah (LOA) daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk membekalkan sistem bateri bagi menyokong pelancaran infrastruktur rangkaian negara bernilai RM44.8 juta.

 

Untung bersih Ranhill Utilities melonjak 51% kepada RM11.1 juta didorong peningkatan sumbangan segmen perniagaan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keuntungan bersih Ranhill Utilities Bhd melonjak kira-kira 51% kepada RM11.1 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2023 (1QFY23), daripada RM7.38 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dilantik sebagai Pengerusi PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023

KUALA LUMPUR 29 Mei - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.

 

Untung bersih Q1 Boustead susut tetapi perolehan catat lebih tinggi RM3.2 bilion

KUALA LUMPUR 29 Mei - Boustead Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM43 juta pada hasil lebih tinggi sebanyak RM3.2 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023.

 

AirAsia X catat untung bersih RM328 juta bagi 1QFY23 di atas pendapatan sebanyak RM548.8 juta

KUALA LUMPUR 29 Mei - AirAsia X Berhad merekodkan untung bersih sebanyak RM328 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23).

 

TM rangkul Anugerah Digital-Utiliti MTEA 2023 untuk rumusan pengurusan tenaga kerja pintar

KUALA LUMPUR 29 Mei - Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), cabang inovasi Telekom Malaysia Bhd (TM) memenangi 'Anugerah Digital-Utiliti' bagi rumusan pengurusan tenaga kerja pintarnya, yang dikenali sebagai 'FORCE' di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia

Subscribe to Terkini