Fahami Rukun Negara Malaysia | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 26 Feb 2021 07:55 AM

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

 

SUDAH 52 tahun peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, dan dalam tempoh 52 tahun kita sebagai rakyat Malaysia masih terkawal bersama-sama dan bersatu dalam melaksanakan perpaduan rakyat, biarpun lahir daripada bangsa dan agama yang berbeza.

 

Sejarah peristiwa 13 Mei 1969 telah dijadikan panduan sehingga terbentuk Rukun Negara.


 

dewi


 

Rukun Negara dibentuk sebagai satu garis panduan bertujuan membina mesyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

 

Adakah masyarakat hari ini selepas 52 tahun atau semasa perjalanan selama 52 tahun hingga kini, memaha maksud membina mesyarakat bersatu padu, adil dan harmoni?

 

* Membina masyarakat bersatu padu.

Masyarakat bermaksud satu kumpulan hubungan kelompok masyarakat, mempunyai pelbagai jenis bangsa, pelbagai jenis agama dan juga mesyarakat yang tidak mempunyai kepercayaan dan amalan agama.   

 

Ini merupakan satu situasi dan gambaran jelas di dalam maksud mesyarakat.  Bagaimana dengan hubungan bersatu padu? Bersatu padu ini menceritakan atau berlandaskan amalan dan tanggungjawab individu di dalam satu kumpulan, mempunyai peranan dalam membentuk harapan, menerokai justeru memahami harapan dan melaksanakan harapan. Harapan yang digariskan harus difahami bersama kerana keputusan bersatu padu itu menjadi satu panduan bersama kelompok masyarakat setempat.

 

 * Membina masyarakat adil.

Dalam perhubungan semasa, adakah membina mesyarakat adil itu berterusan atau tidak langsung dipeduli kerana tidak faham maksud membina mesyarakat adil.

 

Membina merupakan satu istilah yang terlalu rumit untuk dihuraikan namun membina itu menyatakan kekuatan yang sinonim dengan maksud mampu dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan keadaan yang gagah dan berdaya tenaga bagi menghasilkan akan kekukuhan, cekal, tabah dan sabar. Difinisi adil menggariskan satu pelaksanaan keputusan berdasarkan hujah penilaian yang mana ia telah melalui sesi penimbangan dan penilaian kekurangan dan kelayakan.

 

Penjelasan menggariskan membina mesyarakat adil, menyatakan satu perhubungan harus wujud bagi setiap individu untuk bersetuju membina mesyarakat, mesyarakat ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai sifat kendiri bertatasusila, teguh, berdisplin dan sentiasa berjiwa sabar.


 

dewi


 

* Membina mesyarakat harmoni

Harmoni, memberi maksud kepada satu situasi yang amat bahagia, tenteram, aman sepakat dan tenang, situasi ini adalah hasil daripada keselarasan hubungan yang sepadan dan sesuai menjadikan satu keputusan dan amalan itu dilaksanakan dengan cara bekerjasama. Mesyarakat harmoni menggambarkan perasaan kasih sayang padu terhadap perhubungan sesama individu bagi menjadikan panduan yang telah dipersetujui itu dilaksanakan dengan usaha dan tanggungjawab bersama.

 

Penghuraian membina masyarakat bersatu padu, adil dan harmoni ini dapat menjelaskan apakah pemahaman dan amalan yang telah masyarakat kini amalkan, keberangkalian amalan membina masyarakat dengan indikator tersebut telah diperkatakan dan diamalkan tetapi dapat dinyatakan cara amalan itu hanya kerana panduan ucapan dan alunan tambahan bagi menjayakan perjalanan majlis atau sebagai tontonan yang boleh digelarkan sebagai tindakan‘turut serta’.

 

Perbuatan ‘turut serta’ dilaksanakan berdasarkan susunan acara majlis, kehidupan dan persekitaran tetapi perbuatan ‘tutur serta’ itu bukanlah satu tingkah yang berdasarkan semangat bertanggungjawab berserta perlaksanaan amalan yang telah digariskan.

 

Kepincangan keharmonian sesama masyarakat berlaku sekiranya terdapat bacaan peratus individu yang masih tidak memahami apakah istilah Rukun Negara.

 

Garis panduan ini sebagai satu arah untuk menjadi individu yang bermakna di dalam kumpulan mesyarakat di Malaysia.  

 

dewi

 

Tanya diri sendiri mulai hari ini.. adakah diri sendiri sebagai rakyat Malaysia tahu dan boleh menjawab persoalan berikut:

 

*  Apakah tujuan Rukun Negara?

*  Adakah faham dan tahu intipati garis panduan Rukun Negara?

*  Adakah pernah menjadikan Rukun Negara sebagai panduan untuk keikhlasan diri terhadap negara atau hanya sebagai bahan bacaan di perhimpunan sekolah, perhimpunan kakitangan kerajaan pada hari Isnin atau di waktu hari kemerdekaan.

* bagaimana dengan organisasi bukan kerajaan seperti pekerja swasta dan pekerja sendirian itu tahu Rukun Negara dan adakah menghayatinya?

*  Bagaimana dengan pendatang haram atau pelawat daripada luar negara, adakah mereka tahu  intipati garis panduan Rukun Negara?

 

Lima persoalan ini boleh dijadikan persoalan yang dapat menghasilkan jawapan prestasi diri sendiri. Jawapan tersebut adalah mengenai pelaksanaan tanggungjawab sebagai individu yang mempunyai kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia.

 

Tidak dapat dipertikaikan akan kewujudan pendatang haram yang berkeliran di negara ini, bersembunyi di sana sini dan begitu juga kepada pelawat daripada luar negara yang mencintai negara kita. Namun adakah mereka faham  maksud Rukun Negara kita dan keperluan untuk mereka menghormati Rukun Negara.

 

Para pelawat harus mengetahui apakah panduan negara ini dalam merealisasikan keharmonian di dalam negara sebelum mereka membuat lawatan. Namun bagaimanakah kepada para pendatang asing bersembunyi di dalam negara ini yang mana langsung tidak memahami dan tidak menggamalkan Rukun Negara?

 

 

Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan disahkan sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak tahu, tidak memahami Rukun Negara, apa tujuannya, apa intipatinya, dan bagaimana menjadi masyarakat bersatu padu, adil dan harmoni?

 

dewi

 

Sekiranya bacaan peratus untuk individu yang ada di Malaysia, cuba bayangkan seperti berikut:  

  • 10% adalah daripada para pelawat atau pelancong ke Malaysia
  • 20% adalah masyarakat Malaysia langsung tidak faham maksud rukun negara
  • 20% adalah masyarakat Malaysia faham maksud rukun negara tetapi tidak mengamalkan intipati garispanduan rukun negara
  • 30% adalah masyarakat faham maksud rukun negara dan mengamalkan intipati garispanduan rukun negara dan,
  •  20% adalah masyarakat pendatang haram ke Malaysia.

 

Keberangkalian bacaan 70% hasil peratusan intipati gari panduan rukun negara yang tidak diambil kisah, tidak diamalkan oleh warga negara Malaysia, bukan amalan kerana bukan warga negara.

 

Maka bacaan keberangkalian  ini dapat menghuraikan keharmonian masyarakat Malaysia sudah di dalam keadaan kritikal, kegagalan potensi amalan dan penyebaran pengetahuan mengenai intipati gari panduan Rukun Negara sudah tipis dan kepincangan sudah wujud dalam pemahaman terhadap diri sendiri sebagai rakyat Malaysia yang harus bertanggungjawab terhadap harmoni, bersatu padu dan adil.

 

Namun sekiranya bacaan 70% itu adalah hasil daripada rakyat Malaysia yang amat mencintai Rukun Negara dan mengamalkan kepatuhan kepada intipati garis panduan Rukun Negara, maka 20% yang menjadi racun dapat dihapuskan dengan terbaik dan 10% para pelawat, dengan diberi maklumat terperinci mengenai Rukun Negara, ini dapat menghasilkan mereka faham dan menghormati rukun negara Malaysia.  

 

Keberangkalian penghasilan 70% jelas menyatakan rakyat Malaysia telah terbentuk dengan bersatu padu, adil dan harmoni. Ini adalah hasil daripada rakyat Malaysia memahami dan dapat menjawab 5 persoalan, dengan jawapan iaitu:

*  Memahami maksud dan tujuan Rukun Negara.

*  Memahami intipati garis panduan Rukun Negara.

* Menjadikan Rukun Negara sebagai panduan untuk keikhlasan diri terhadap negara

* Memahami terperinci istilah Bersatu Padu, Harmoni dan Adil sesama rakyat Malaysia

*  Sayang dan cintai Malaysia

 

Terlintas di fikiran, bagaimana sekiranya menjadikan Rukun Negara satu terbitan dan rancangan wajib diperjelaskan dengan terperinci oleh setiap rangkaian TV dan Radio, manakala nyanyian lagu Negaraku disiarkan tidak hanya di subuh hari tetapi beberapa waktu masa dalam hari tersebut.

 

Langkah ini dapat menyumbang kepada rakyat untuk sentiasa diberi peringatan mengenai istilah Rukun Negara dan fahami seni kata Negaraku justeru melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

 

Setiap rakyat Malaysia perlu ada perasaan terhutang budi dan kasih sayang terhadap pembentukan Rukun Negara. Melalui perasaan ini juga dapat mendidik diri sendiri untuk berterusan mempunyai nilai dan etika dalam menjayakan diri sendiri justeru melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersatu padu, harmoni dan adil.

 

Saya Rakyat Malaysia!!!

 

dewi

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut