SHAH ALAM 22 Sept. - Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menggalakkan lebih banyak syarikat yang menghasilkan produk berasaskan kelapa sawit mempamerkan logo Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada bungkusan mereka.