Pegangan saham kurang 10%, permintaan 10 pemegang saham adakan EGM bagi Kumpulan Jetson dianggap tidak sah
KUALA LUMPUR 22 Dis - Kumpulan Jetson Bhd telah menolak permintaan daripada 10 pemegang saham untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) atas alasan mereka secara kolektif tidak memegang sekurang-kurangnya 10% saham syarikat pada hari permintaan itu.