Terkini | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB naikkan penarafan saham Duopharma kepada 'tambah' dengan TP lebih tinggi pada RM1.70

KUALA LUMPUR 17 Ogos - CGS-CIMB Research menyemak naik penarafan Duopharma Biotech Bhd. kepada 'tambah' berbanding 'pegang' sebelum ini dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi pada RM1.70 daripada RM1.60 sesaham. 

 

Bank Pembangunan raih anugerah The Asset Triple A 2022

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah memenangi anugerah pada "The Asset Triple A Sustainable Infrastructure Awards 2022", atas penyertaannya dalam perjanjian pembiayaan bertempoh bersindiket Loji Janakuasa Pulau Indah bernilai RM2.7 bilion yang mem

Masalah kekurangan tenaga pekerja P.I.E Industrial dijangka selesai pada 2HFY22 - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kenanga Research mengunjurkan 2HFY22 lebih baik untuk P.I.E. Industrial Berhad terutama selepas kehadiran pekerja asing baharu yang akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pekerja.

 

Sarawak bakal laksana lebih banyak projek infrastruktur, peluang cerah menanti syarikat pembinaan

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Prospek pembinaan kekal cerah di Sarawak memandangkan negeri itu kekal komited untuk menggerakkan semula projek yang ditangguhkan pada 2018 berikutan perubahan Kerajaan Persekutuan, demikian menurut MIDF Research.

 

Perkhidmatan tren kargo KTMB beroperasi di tiga negara ASEAN pada Oktober 2022

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perkhidmatan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal beroperasi di tiga buah negara ASEAN, bermula Oktober 2022.

 

PKS Malaysia pamerkan sentimen positif disebalik peningkatan kos bahan mentah - SME Bank

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Walaupun persepsi bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia beroperasi dalam persekitaran yang tidak menentu dan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini, Indeks Sentimen PKS sulung SME Bank telah menunjukkan bacaan positif sebanyak 53.8.

45% penjual jadikan Shopee sebagai platform perniagaan untuk menyara keluarga

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Sebuah kajian baharu yang melibatkan lebih 3,300 pembeli dan 2,100 penjual di seluruh Malaysia oleh Shopee terhadap penggunanya, telah mengkaji kesan yang diwujudkan  rakyat Malaysia terhadap ekonomi menerusi tingkah laku membeli-belah dalam talian mereka. 

Kenanga Research mulakan liputan terhadap HIL Industries dengan saranan 'outperform', TP RM1.08

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kenanga Research memulakan liputan terhadap HIL Industries dengan saranan 'outperform' pada harga sasaran (TP) RM1.08 sesaham.

 

AmInvestment jangka kadar sewa pacu pertumbuhan pendapatan Perak Transit 

KUALA LUMPUR 17 Ogos - AmInvestment Bank Research menyemak turun nilai wajar Perak Transit Bhd. kepada RM1.06 daripada RM1.14 sebelum ini dengan mengekalkan saranan 'beli'. 

 

HLIB positif terhadap prospek Berjaya Food didorong pembukaan lebih banyak cawangan Starbucks

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap prospek Berjaya Food Holdings terutama selepas Starbucks terus berkembang melalui pembukaan cawangan baharu selain jualan yang lebih tinggi daripada promosi serta penghasilan produk inovatif. 

Subscribe to Terkini