Berdepan mentaliti Geng 'Lambat Lagi Nak Mati' | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 07 Jun 2021 07:00 AM
WasiyyahShoppe

BERDEPAN MENTALITI GENG ‘LAMBAT LAGI NAK MATI’

 

DALAM keadaan pandemik hari ini ramai orang mengeluh kerana kehidupan semakin sukar. Ada yang terputus terus punca pendapatan kerana dibuang kerja atau tidak boleh berniaga.

 

Stres kerana terkurung di rumah. Kerana stres dan tertekan juga, maka setiap hari kita menghamburkan kata-kata caci maki dan fitnah kepada semua orang di dalam media sosial. Kita salahkan semua orang di atas apa yang menimpa kita sekarang. Abah, pak ngah, pak long, pak chu semuanya kena maki.

 

Media sosial yang sepatutnya menjadi medan kita berkongsi kebaikan dan menjalin silaturrahim hari ini telah menjadi medan untuk kita mengumpul dosa lebih-lebih lagi bila caci maki dan fitnah kita itu dikongsi dan diviral pula oleh orang lain.

 

Ramai rakan media sosial saya dahulu saya postingnya banyak tentang kebaikan dan membawa manfaat, hari ini sudahpun bertukar menjadi posting yang negatif dan Nauzubillahiminzalik.

 

Penulisan saya minggu ini tak ada kena mengena dengan harta pusaka ke? Ada.

 

Mukadimah saya di atas tadi hanyalah nak menggambarkan kepada pembaca betapa sia-sianya hidup kita di dalam era pandemik ini bila lebih banyak mengeluh dan berperasaan negatif.

 

Ramai di antara kita tidak tahu semakin banyak kita menghamburkan maki hamun dan berperasaan negatif, semakin banyak perkara-perkara negatif kita jemput di dalam hidup kita dan semakin tertekan hidup kita. Saya nak ajak pembaca untuk melihat sisi kebaikan pandemik ini dalam konteks industri perancangan harta secara syariah.

 

Saya sudah berada di dalam industri ini sejak 23 tahun yang lepas. Sehingga 2010, masyarakat masih tidak dapat melihat kepentingan mereka merancang harta semasa hidup.

 

Jenuh jugalah saya merantau ke segenap pelusuk Malaysia memberi ceramah, menganjurkan seminar dan bengkel. Bila dengar ceramah, masyarakat mengangguk-angguk faham tetapi selepas habis ceramah, tiada apa berlaku.

 

Mereka tidak bertindak untuk merancang harta dan bila mereka mati, tetap masalah akan berlaku ke atas harta pusaka mereka sama macam harta pusaka nenek moyang mereka.

 

Bila ditanya ramai akan menjawab, “ Tak apalah lambat lagi nak mati!” Sebab itulah di Malaysia ada RM70 bilion nilai harta pusaka terbeku yang masih belum diuruskan.

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

Selepas 2010, terutamanya selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diwartakan, mulai nampak perubahan dalam masyarakat. Kesedaran semakin baik dan di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami mulai nampak semakin ramai masyarakat menyediakan dokumen perancangan mereka.

 

Namun geng “lambat lagi nak mati” yang berpendirian perancangan harta ini tidak penting masih ramai. Yang menjadi cabaran lebih  besar kepada kami ialah geng ini bukan sahaja memegang pendirian itu untuk diri sendiri, malah mempengaruhi orang lain juga supaya jangan merancang harta kerana membazir saja katanya. Faraidkan ada. Perangai geng ini saling tak tumpah dengan perangai geng anti vaksin hari ini.

 

Titik perubahan drastik dalam industri saya perhatikan mulai berlaku sejak COVID-19 menyerang Malaysia tahun 2020. Kematian yang cepat dan banyak akibat penyakit ini menakutkan masyarakat.

 

Banyak kisah sedih kehilangan ahli keluarga dipaparkan di media sosial dan arus perdana. Buat pertama kalinya dalam hidup, kita merasakan kematian itu amat hampir dengan kita. Kita sentiasa merasakan kita boleh saja menjadi calon yang akan positif COVID-19 dan berdepan dengan risiko mati itu. Semua yang mati itu pula meninggalkan harta pusaka dan ia perlu diuruskan.  

 

Sejak pandemik menyerang, permintaan untuk perkhidmatan perancangan harta Wasiyyah Shoppe Berhad telah melonjak lebih 100%! Kami kini tidak menang tangan memenuhi permintaan sehinggakan ada kakitangan kami terpaksa bekerja hampir 7 hari seminggu. Geng “lambat lagi nak mati” nampaknya semakin pupus.

 

Oleh kerana keperluan masyarakat yang semakin mendesak, inilah saya pelawa masyarakat di seluruh Malaysia untuk bersama-sama Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai daie menyebarkan dakwah ilmu berkaitan fiqh mawarith membantu orang Islam merancang harta dan dalam masa yang sama mendapat pendapatan darinya.  

Daripada kita duduk murung dan mengeluh sahaja di media sosial sepanjang hari, baiklah kita melakukan sesuatu yang positif dengan menyertai Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai daie. Dapat pendapatan dan in shaa Allah jika disertai dengan nawaitu  yang betul, pahala pun akan diperoleh sekali.

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

Ada masalah ke untuk menjalankan aktiviti dakwah ini di musim ‘lockdown’? Di Wasiyyah Shoppe Berhad, Insya-Allah tiada masalah.

 

Ini kerana kami telah melabur jutaan Ringgit bagi memperkenalkan pelbagai platform digital untuk memudahkan urusan para daie. Daie boleh melalui proses latihan secara digital sahaja pada bila-bila masa berkelapangan.

 

Urusan pemasaran daie juga boleh dibuat secara dalams talian. Wasiyyah Shoppe Berhad memberikan kemudahan kepada daie menggunakan platform mesyuarat dalam talian kami secara percuma di musim ‘lockdown’ ini. Apabila pelanggan bersetuju melanggan perkhidmatan kami, mereka juga boleh membayar secara dalams talian dengan mudah.

 

Untuk melaksanakan hibah pula, Wasiyyah Shoppe Berhad juga menyediakan platform dalam talian untuk Pemberi dan Penerima Hibah. Tak perlu bersemuka dan Pemberi dan Penerima boleh berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

 

Kebanyakan  aspek perancangan harta di Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini sudah didigitalkan. Usaha pendigitalan ini juga sebenarnya tidak berhenti di sini. Kami sedang merancang lebih banyak inisiatif pendigitalan yang akan mengubah lanskap industri perancangan harta secara syariah.

 

Pandemik ini sesungguhnya membawa hikmah yang tersendiri kepada industri perancangan harta secara syariah di Malaysia, terutama kepada Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat peneraju. Kepupusan geng “lambat lagi nak mati” akibat serangan COVID-19 telah membantu merancakkan lagi industri perancangan harta di saat kebanyakan industri lain terkesan dengan teruknya.

 

Suka atau tidak ini realiti yang sedang mendepani kita. Kita ada pilihan sama ada untuk terus duduk mengeluh dan murung atau bertindak mengambil peluang dari pandemik ini. Jom bersama Wasiyyah Shoppe Berhad.  

 

 

ariffinsabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

 

ariffinsabirin

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH