BILA ORANG MUDA MATI MENINGGALKAN ANAK KECIL, INI ISU-ISU YANG MESTI ANDA TAHU
SAYA bermula di dalam industri ini pada 1998. Ketika itu, ke mana sahaja saya pergi ke seluruh Malaysia untuk berceramah, majoriti dari pendengar saya ialah orang yang berumur lebih 55 tahun dan golongan yang sudah pencen.
Dalam hati, saya mengagak bagi golongan ini mereka merasakan memang sudah sampai masanya untuk mereka memikirkan tentang harta pusaka. Mereka sudah melengkapkan kerjaya. Anak-anak pun sudah dewasa dan harta pun sudah lengkap dikumpulkan.
Tiada apa lagi yang ingin dikejar di dalam kehidupan ini. Golongan ini akan sentiasa terfikir bahawa mereka mahu membahagikan harta kepada anak-anak mengikut formula yang mereka tetapkan.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kaedah hibah ialah pilihan masyarakat bagi tujuan ini sejak 2004. Sehingga hari ini, Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dan pelaksana dokumen hibah yang terbanyak di Malaysia iaitu pada kadar purata 10,000 dokumen setahun.
Sebelum tahun 2010, dari pemerhatian saya, didapati bahawa hampir 65% dari pelanggan Wasiyyah Shoppe Berhad terdiri daripada golongan ini manakala selebihnya ialah golongan yang berumur di antara 30 – 55 tahun. Namun selepas 2010, perlahan-lahan saya dapati komposisi umur pelanggan Wasiyyah Shoppe Berhad semakin berubah.
Sehingga kini, 70% dari pelanggan yang merancang harta melalui Wasiyyah Shoppe Berhad ialah golongan yang berumur di antara 30-55 tahun manakala bakinya ialah golongan yang berumur melebihi 55 tahun. Kenapa agaknya orang muda sekarang lebih ramai yang merancang harta berbanding dengan orang yang berumur?
Sejak bergiat di dalam industri ini, di mana-mana sahaja saya berceramah, saya akan menekankan tentang betapa pentingnya orang muda lebih cakna bab perancangan harta. Kenapa?
Kerana hari ini kita dapati semakin ramai orang muda yang mati. Golongan ini terdedah kepada pelbagai risiko.
Kerana mobiliti kehidupan, golongan ini paling banyak terdedah kepada risiko kemalangan.
Kerana gaya hidup dan makanan moden, golongan ini juga lebih terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, kanser, serangan jantung dan sebagainya.
Kerana menyangka mereka masih muda, golongan ini juga merupakan golongan yang paling kurang menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Profil risiko golongan muda ini jauh berbeza dengan golongan yang sudah berumur yang rendah tahap mobilitinya, yang menjaga pemakanan dan kesihatan, yang melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Orang muda sebenarnya jauh lebih berisiko untuk mati berbanding dengan orang yang berumur.
Apa pula kaitan umur dengan perancangan harta? Inilah usaha yang sudah saya lakukan sejak 23 tahun yang lepas. Apabila golongan berumur meninggal dunia, anak-anak mereka tidak akan terjejas kerana majoritinya sudah bekerjaya dan sudah berdikari. Mereka mungkin terjejas sedikit kerana isu nak menguruskan harta pusaka namun tanpa harta pusaka itu, kehidupan mereka juga berjalan seperti biasa.
Keadaan ini berbeza dengan golongan muda. Apabila golongan muda meninggal dunia, anak-anak mereka kebanyakannya masih kanak-kanak di bawah umur. Anak-anak ini akan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk pendidikan, sara hidup dan kebajikan mereka sehinggalah mereka boleh berdikari.
Jika ibu bapa itu tidak merancang harta dengan baik, ada risiko sangat tinggi nasib dan kebajikan anak-anak ini akan terjejas. Ada pelbagai isu yang timbul apabila ibu bapa mati meninggalkan anak di bawah umur 18 tahun.
Banyak kes yang kita baca di dalam media mengenai pasangan suami isteri yang meninggal dunia serentak dalam kemalangan dan meninggalkan anak yatim piatu yang masih di bawah umur. Anak-anak ini lazimnya akan dijaga oleh nenek atau ibu saudara mereka.
Isu pertama yang perlu dilihat ialah dari manakah sumber kewangan untuk menampung kehidupan mereka? Nenek atau ibu saudara atau saudara-mara yang lain mungkin boleh membantu dalam jangka pendek. Tetapi dalam jangka panjang sehingga berbelas tahun lamanya sebelum anak-anak boleh berdikari, bolehkah anak-anak ini mengharapkan ihsan keluarga terdekat semata-mata bagi menampung kehidupan mereka?
Ibu bapa yang mati itu mungkin serba sedikit ada meninggalkan harta pusaka. Seimbas lalu kita mungkin terfikir, harta-harta itu bolehlah digunakan oleh anak-anak itu bagi menampung perbelanjaan mereka.
Isu kedua yang mungkin timbul ialah, harta pusaka itu juga sebenarnya adalah milik waris-waris lain mengikut hukum faraid dan bukan hak anak-anak itu semata-mata.
Jadi jika waris-waris lain yang terlibat seperti datuk, nenek atau ibu dan bapa saudara lain mahu menuntut bahagian mereka, maka ia wajib diserahkan dan harta pusaka berbaki yang tinggal untuk anak-anak ini akan berkurangan sehingga memungkinkan ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka.
Oleh kerana anak-anak itu di bawah umur, maka timbullah pula isu ketiga iaitu perlu dilantik seorang penjaga harta bagi menjaga harta anak-anak itu sementara mereka mencapai umur 18 tahun. Peruntukan berkaitan isu penjaga harta ini memang jelas dinyatakan di dalam Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam negeri-negeri.
Isunya di sini ialah adakah penjaga harta yang dilantik itu cukup beramanah untuk betul-betul memastikan harta itu memang digunakan semata-mata untuk anak-anak ini sahaja? Atau adakah kemungkinan harta pusaka itu akan disalahgunakan bagi kepentingan peribadi penjaga harta?
Isu keempat yang akan timbul apabila pasangan muda mati meninggalkan anak-anak di bawah umur ialah siapakah yang akan mengambil inisiatif menguruskan tuntutan harta pusaka simati?
- Jika nenek atau ibu saudara yang menjaga anak-anak itu, adakah mereka faham sepenuhnya proses perundangan yang perlu dilalui?
- Adakah mereka sanggup bersusah-payah turun naik mahkamah dan pelbagai ejensi lain?
- Apabila ada kos guaman dan pelbagai kos lain perlu dibayar, adakah nenek atau ibu saudara ini sanggup mengeluarkan perbelanjaan itu?
Wasiyyah Shoppe Berhad mengenal pasti semua isu yang timbul ini dan mengatasinya dengan pengenalan perkhidmatan pengurusan harta pusaka inovatif yang dikenali sebagai Al-Wasitah. Memang ramai golongan muda berumur di bawah 55 tahun yang melanggan perkhidmatan ini atas kesedaran betapa 4 isu yang saya nyatakan di atas, dapat diatasi melalui Al-Wasitah.
Apabila berlaku kematian, wakil Wasiyyah Shoppe Berhad akan datang ke rumah bertemu waris bagi menjelaskan tentang hak waris-waris dan proses perundangan yang akan berlaku untuk menuntut harta pusaka simati. Jadi waris-waris tahu dengan jelas apa yang akan berlaku.
Semua urusan dokumentasi pemfailan kes di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil akan diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Pada hari perbicaraan, wakil atau peguam Wasiyyah Shoppe Berhad akan hadir bagi membimbing waris-waris melalui proses perundangan ini.
Yang paling istimewanya tentang perkhidmatan Al Wasitah ini, ialah TIADA SEBARANG KOS perkhidmatan akan dikenakan kepada waris. Ini berbeza dengan perkhidmatan pihak lain yang akan mengenakan kos sehingga beberapa peratus dari nilai harta pusaka sebagai fi perkhidmatan mereka.
Kami sangat faham, anak-anak di bawah umur ini manalah ada duit nak membayar bagi perkhidmatan ini. Kami juga faham nenek atau ibu saudara yang menjaga anak-anak ini juga berkemungkinan tiada kemampuan membayar.
Jadi penyelesaian terbaik ialah pasangan muda hari ini ketika masih hidup, mendapatkan perkhidmatan Al Wasitah dengan kos yang lebih murah dari sekali berbelanja di bazar Ramadan. Dengan adanya perkhidmatan ini, anak-anak mereka akan menerima harta pusaka dengan lebih cepat dan tanpa kos. Ia sangat memudahkan untuk anak-anak yatim ini bagi meneruskan kehidupan mereka dan juga sangat memudahkan bagi penjaga mereka.
Jadi pasangan muda di luar sana, anda sudah melanggan perkhidmatan Al Wasitah? Jika belum, bersegeralah.
KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH
- MALAYSIA MENERAJUI DUNIA DALAM SEKTOR PENGURUSAN HARTA ISLAM?
- BAGAIMANA HARTA BOLEH KEKALKAN SILATURAHIM BERGENERASI LAMANYA
- SUAMI BERPOLIGAMI PERLU BIJAKSANA DAN BIJAKSINI
- KENAPA SANGAT KRITIKAL KITA MENGHIBAHKAN RUMAH/HARTANAH KITA?
- BUAT HIBAH SEOLAH-OLAH KITA TAK PERCAYAKAN ADIK-BERADIK?
- Jangan jadi seperti ahli politik dalam menguruskan harta pusaka
- BERAS GULA PUN JADI HARTA PUSAKA - WAJIB DIFARAIDKAN?
- AHLI PERNIAGAAN MAHU WARISKAN BISNES, MESTI BACA ARTIKEL INI !
- BETULKAH HIBAH TAKAFUL SELESAIKAN MASALAH PUSAKA ?
- SELEPAS MATI, JANGAN TERUS FARAIDKAN HARTA PUSAKA !
BUAT WASIAT DAPAT ELAKKAN WARIS BERTELAGAH?
- PERINGATAN UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK ANGKAT
KENAPA ORANG ISLAM SENDIRI TIDAK YAKIN DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?
KEKELIRUAN TENTANG HIBAH TAKAFUL
WAHAI SUAMI ! ANDA MESTI ADA POLISI TAKAFUL !
- Ada apa dengan TANGGUNGJAWAB?
- FARAID DAN TANGGUNGJAWAB
- TERUKNYA TANGGUNGJAWAB WASI HARTA PUSAKA
- Kenapa penting untuk hibahkan rumah kita yang masih ada pinjaman bank – Bahagian Pertama
- KENAPA PENTING UNTUK HIBAHKAN RUMAH KITA YANG MASIH ADA PINJAMAN BANK – Bahagian Kedua
- Kenapa penting untuk hibahkan rumah kita yang masih ada pinjaman bank - Bahagian Ketiga
- BAGAIMANA CARA WARIS TIDAK PERLU BAYAR FI KHIDMAT PENGURUSAN PUSAKA?
- ORANG MALAYSIA TIDAK TAHU KOS URUS HARTA PUSAKA MAHAL!
- ALTRUISME DAN HARTA PUSAKA
- COVID-19 dan perancangan harta
- INTEGRITI DALAM INDUSTRI PERANCANGAN HARTA
- Tak semua orang perlu wasiat?
- Jangan lupa rancang harta untuk manfaat diri sendiri dulu