Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 05 Mar 2021 07:50 AM

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

 

SETIAP individu mempunyai cara berbeza daripada segi pembelajaran dan penyampaian. Perbezaan ini akan menghasilkan pengkelasan tersendiri kepada dapatan dalam penyelesaian dan pemberian pendapatan.

 

Perbezaan ini juga dapat menggambarkan intipati dan sumber rujukan yang dipilih berkualiti atau setakat ‘batuk di tangga’ dan ‘ hanya isi tempat kosong’.

 

Adakah pemahaman maksud etika kini seolah sudah terguris atau hanya dipandang kosong? Atau mungkin penjelasan mengenai etika itu sudah tidak dipedulikan kerana tidak faham, apakah etika diri yang betul dan bagaimanakan perlaksanaan etika diri yang sebenar?  Bukankah etika diri akan alir bersama pantasnya teknologi, informasi dan komunikasi?

 

Sebelum mengejar pantasnya teknologi, informasi dan komunikasi dasar definisi ketiga-tiga indikator ini perlu difahami bagi menyusun semula aliran etika dalam menyampaikan satu pesanan dengan terbaik.

 

Permasalahan di dalam pencarian keberkesanan etika peribadi di dalam pautan teknologi, informasi dan komunikasi adalah berdasarkan bagaimanakah penghuraian jelas mengenai falsafah etika yang mesti difahami oleh setiap individu.

 

Penilaian kepada setiap tindakan wujud dan penghasilan itu bakal menyatakan positif dan negatif dapatan penghasilan penilaian tersebut.  

 

Kaitan jelas kepada penghuraian perlakuan betul dan persekitaran yang terbaik. Pemahaman mengenai perlakuan tingkah laku di dalam kehidupan semasa namun ini bukanlah satu aliran mengkaji fakta and menganalisis tingkah laku.

 

Etika dikaitkan dengan indikator moral untuk setiap individu contoh indikator baik, jahat, benar dan salah.

 

ETIKA - FALSAFAH ETIKA - TINDAKAN & PENYELESAIAN

Falsafah etika akan menggariskan apakah peraturan yang sudah ada dalam diri indivdiu tersebut ini bagi membuat penilaian mengenai tindakan yang bakal dilaksanakan seterusnya.   

 

Permasalahan bakal timbul bila mana pemahaman falsafah etika itu tidak terperinci, sekiranya berdasarkan contoh indikator falsafah etika seperti berdasarkan hanya benar dan salah.  

 

Tindakan, penilaian  falsafah etika akan pincang atau bermasalah disebabkan skop falsafah tidak digariskan secara terperincI.

Ini adalah masalah bakal timbul iaitu pembahagian dilaksanakan secara  menyeluruh dan kajian skop falsafah yang luas itu tidak dianalisis secara bahagian lebih terperinci.

 

Sebagai contoh sekiranya ia benar, kenapa peraturan ini benar? Bahagian manakah yang dikategorikan sebagai benar? Dan apakah tindakan benar tersebut? Ini juga sekiranya indikator itu adalah salah,  persoalan indikator ‘salah’ tersebut harus dijawab bagi mendapat penilitian kukuh.

 

Pemahaman etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian ini dapat dinyatakan di dalam pemahaman etika penyampian, dan sekiranya etika penyampaian tersebut pincang dan kabur mengenai pemahaman  etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian.

 

Maka etika penyampian itu dilaksanakan seperti melepas ‘batuk di tangga’ atau ‘hanya isi tempat kosong’. Inilah seperti diperkatakan mengenai intipati dan sumber rujukan yang dipilih berkualiti dan selari dengan tujuan.

 

Permasalahan di dalam etika penyampaian selain daripada tidak faham definisi etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian ini juga berpunca daripada kepincangan pengetahuan mengenai huraian indikator teknologi, informasi dan komunikasi.

 

Maka jurang ilmu tidak ditimpal dan boleh mengakibatkan permasalahan kepincangan etika penyampian iaitu tidak mempraktiskan ilmu etika, falsafah etika , tindakan dan penyelesaian bersama indikator teknologi, informasi dan komunikasi dalam kehidupan semasa.

dewi

Teknologi

Teknologi terkini menjadikan satu garis menjadi dasar panduan kepada sebarang tindakan untuk mendapatkan penyelesaian permasalahan dan juga dapatan penjelasan kepada persoalan  tidak jelas.

 

Walau bagaimana pun teknologi ini tidak boleh diandaikan sebagai siri teori yang dipraktiskan itu adalah betul atau salah. Teknologi diamalkan hendaklah berdasarkan kepada pengalaman etika betul, penyampaian falsafah jelas dan menyusuran tindakan dan penyelesaian lengkap dan mempunyai bukti atau rujukan.

 

Lebih jelas kalau dirungkaikan adalah sebarang tindakan teknologi dilaksanakan dan diamalkan memberi satu kesan baik, cemerlang maka ini sudah dikategorikan sebagai tindakan lebih beretika.

 

Etika dikaitkan dengan perilaku bermoral, maka tindakan dilaksanakan salah atau pun tidak ini adalah difinisi daripada perilaku bermoral ataupun tidak bermoral.

 

Perilaku yang bermoral atau tidak memberi kesan kepada kewujudan teknologi yang bakal memberi kesan kepada pengamalan peribadi individu semasa.

 

Proses ada di dalam pencapaian dan penghasilan teknologi. Ia dapat diamalkan dan dilaksanakan secara berulang-ulang, sistem ini dicipta oleh manusia bagi membantu diri manusia untuk menerapkan ilmu, dipelajari dan diingati secara berulang-ulang ini bagi membantu pelaksanaan pengamalan dan capaian dimaksudkan berjalan dengan lebih mudah dan tidak lupa.

 

Maka penyataan mengenai nilai teknologi diparktiskan secara tidak langsung memberi kesan positif atau negatif kepada kehidupan individu dengan tertulis nilai etika, falsafah etika, cara tindakan dan cara penyelesaian seperti dimaksudkan itu.

 

Informasi

Informasi menjadi satu indikator terlalu rumit untuk dibendung. Apabila wujud teknologi, bahan terlalu penting untuk melancarkan perkembangan teknologi adalah informasi. Teknologi bakal pincang atau berjaya sekiranya ia mempunyai nila informasi  terbaik dan nilai informasi dari bahan terburuk.

 

Maka aplikasi pengetahuan baru atau lama itu menjadikan satu bahan kekal di dalam perencanaan teknologi kerana akan timbul pembahagian teknologi lama atau bersejarah dan teknologi terkini, ini jelas dipraktiskan teknologi baru dan terkini berdasarkan informasi daripada amalan teknologi lama.

 

Dapatan informasi positif mewarnakan corak pengetahuan baru dan juga melalui pemahaman dapatan informasi, ia dapat membantu menghapuskan ketidakpastian sesuatu permasalahan atau mendapatkan sumber kepada bahan analisis.

 

Dapat dihuraikan bahawa dapatan daripada informasi ini akan memberi kesan terbaik atau kritikal kepada pemahaman amalan etika, pengamalan falsafah etika dan tindakan dan cara penyelesaian bagi diadaptasikan semula kepada informasi, teknologi dan komunikasi.

dewi

Permasalahan bakal timbul sekiranya kelengkapan informasi di dalam penyampaian itu tidak berasas dan tidak merujuk kepada perpaduan yang betul.

 

Permasalahan tersebut seperti informasi diguna pakai secara salah atau tidak betul bagi mempengaruhi individu atau masyarakat, berita tidak berasas, penyatuan pendapat tidak bertujuan.

 

Ini kerana sumber pendapat dibincangkan jauh berbeza daripada bidang atau kepakaran individu tersebut, permasalahan ini menjadikan informasi tersebut sebagai satu bukan aliran tepat sumber pengetahuan baru tetapi ‘salah’.

 

Dan mungkin menimbulkan banyak persoalan ketidakpastian wujud daripada masyarakat dan ini bakal meracuni etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian dalam diri individu tersebut.

 

Komunikasi

Tindakan komunikasi tercetus secara padu tetapi belum tentu betul atau salah  boleh berpunca daripada amalan teknologi dan dapatan informasi dikumpulkan oleh individu tersebut dan diceritakan kepada masyarakat.

 

Justeru ia dibincangkan secara langsung atau tidak langsung  bagi tujuan mendapatkan penjelasan dan tindakan seterusnya.

dewi

Berkomunikasi haruslah berdasarkan maksud dan tujuan, tetapi bagaimana pula dengan pemahaman si penerima informasi tersebut.

 

Penyampaian informasi boleh menjadi masalah apabila penyampaian informasi tersebut mengunapakai kaedah komunikasi yang tidak berkesan atau tidak jelas.

 

Maksud dan tujuan asal informasi yang dibincangkan akan menjadi berbeza apabila cara komunikasi diguna pakai berbeza.

 

Sebagai contoh: tujuan asal informasi itu berbentuk tegas dan mengarahkan sesuatu yang tegas dan cepat, tetapi cara berkomunkiasi disampaikan kepada pihak seterusnya dengan cara  gerak yang lemah lembut dengan alunan ucapan dan bahasa yang perlahan dan lembut. Cara ini bakal mempengaruhi isi kandung arahan dan informasi yang perlu diambil tindakan.

 

Kegagalan komunikasi menjadikan informasi atau pesanan itu tidak setara dengan maksud betul dan juga ini boleh menimbulkan masalah kepada penyampaian informasi melalui gunapakai dasar panduan sistem teknologi.

 

Apabila sudah wujud akan kegagalan dalam tindakan komunikasi maka ia akan mempengaruhi lagi pengamalan etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian individu itu sendiri dan bakal mempengaruhi masyarakat persekitaran.

dewi

 

Kesinambungan etika, falsafah etika, tindakan penyelesaian, teknologi, informasi dan komunikasi setiap individu akan berpaut kepada sifat dasar diri inidividu itu sendiri.

 

Setiap individu mempunyai perbezaan sikap dan sifat, setiap penghasilan kerja dapat menggambarkan akan bagimanakah sikap dan sifat individu tersebut.

 

Sebagai contoh adakah individu ini sombong dan angkuh kerana tidak boleh menerima pandangan daripada teguran orang lain? Adakah individu ini mesra kerana faham akan setiap diri mempunyai nilai etika perlu sentiasa diamal dengan jujur dan sentiasa segan dan takut untuk sombong kerana sudah faham setiap individu itu sudah jelas diperkatakan adalah insan lemah dan setiasa perlukan panduan.

 

Salah satu sikap manusia adalah perlukan contoh, tetapi pemahaman di antara individu bahawa sikap manusia perlukan contoh dan bukan mengambil jalan mudah dengan menjadi peniru hasil kerja individu lain.

 

Cara dan amalan ini telah mencalarkan pengamalan dan pemahaman etika, falsafah etika, tindakan penyelesaian, teknologi, informasi dan komunikasi untuk setiap individu.

 

Fahamilah apakah cara pemahaman peribadi ada di dalam diri sendiri. Adakah sudah faham dan laksanakan  mengenai pengamalan dan pemahaman etika, falsafah etika, tindakan dan penyelesaian, teknologi, informasi dan komunikasi?

 

Sekiranya gagal untuk dibentangkan, ini menyatakan bahawa diri sendiri itu salah seorang penyumbang kepada kepincangan untuk faham mengenai amalan beretika diri sendiri dan persekitaraan.

 

Senarai contoh 17 sifat peribadi yang sememangnya ada di dalam diri manusia iaitu:

  1. Sabar

  2. Jujur

  3. Setia

  4. Hormat

  5. Adil

  6. Pemaaf

  7. Murah hati

  8. Sopan

  9. Tekun

  10. Rajin

  11. Disiplin

  12. Kasih sayang

  13. Bertanggungjawab

  14. Berani

  15. Percaya diri

  16. Tawakal

  17. Syukur

 

Tujuh belas sifat peribadi ini diamalkan atau diambil peduli didalam pengurusan peribadi diri sendiri iaitu mengenai etika, falsafah etika, tindakan penyelesaian pautan kepada teknologi, informasi dan komunikasi yang jujur, pastinya amalan amanah dalam pengurusan peribadi diri sendiri wujud dengan terbaik.

 

Senarai andaian 17 sifat peribadi yang sememangnya ada di dalam diri manusia tetapi hanya 5 sifat peribadi saja diamalkan seperti berikut:

 

  1. Tekun

  2. Rajin

  3. Disiplin

  4. Berani

  5. Percaya diri

 

 

Senarai 5 andaian sifat peribadi manusia yang diamalkan ini bakal mencalarkan konsep moral di dalam diri, ia menjadi tiada kewajiban di dalam tindakan dan tindakan tersebut merosakkan penilaian dan pengukuran penilaian prinsip moral.

 

Etika, falsafah etika, tindakan penyelesaian berserta pautan kepada teknologi, informasi dan komunikasi jadi tidak wujud maka tindakan individu tersebut akan melahirkan satu pengamalan etika salah, tidak mempunya falsafah etika lengkap, tidak ada daya tindakan dan penyelesaian melalui pengamalan jujur di dalam pautan teknologi semasa, informasi dan komunikasi.   

dewi

Timbulkan persoalan di dalam minda sendiri untuk memikirkan, adakah tindakan dan amalan sebelum ini telah memahami nilai etika, pengamalan falsafah etika.

 

Dan bagaimana tindakan yang perlu dilaksanakan dengan tujuan penyelesaian melalui pautan pemahaman teknologi, informasi, komunikasi betul, dengan berkesan dan jujur?

 

Maka….jawapannya ada dalam diri sendiri.              

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut