Skip to main content
Kolum DEWI - 12 March 2021

Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja

 

UMUM mengetahui kesan COVID-19 kepada bidang pekerjaan setiap individu dan organisasi telah menjadikan setiap individu mungkin berputus asa. `Serangan' putus asa kepada setiap diri individu ini bakal memberi kesan kepada prestasi di dalam sesebuah organisasi atau bidang perniagaan yang diceburi. Kesinambungan perancangan kerjaya perlu ada bagi mencapai hasrat dan cita-cita individu.

 

Bagaimanakah menghuraikan perancangan kerjaya? Setiap individu perlu memahami dan mengetahui apakah perancangan kerjaya bagi memajukan kerjaya untuk diri sendiri dan organisasi. Penyataan ini amat perlu dihuraikan dan perlu ada garis panduan supaya berjalan dengan tersusun dan terperinci. Hasil daripada pelaksanaan perancangan kerjaya ini dapat merealisasikan pelaksanaan pekerjaan tersusun dan terperinci.

 

Aktiviti penting harus dinyatakan dalam perancangan kerjaya. Perancangan ini dapat membantu setiap individu atau pekerja bagi mencapai hasrat dan cita-cita dalam bidang pekerjaan sendiri. Kepincangan di dalam pencapaian prestasi semasa, prestasi atau amalan pekerja yang tidak baik dapat dihuraikan kerana disebabkan individu yang tidak mempunyai perancangan kerja.

 

Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan kepada individu dimana individu atau para pekerja akan mengamalkan etika kerja dengan tidak amanah.

 

dewi

 

Prestasi sebuah organisasi dapat dihuraikan sebagai satu kejayaan hasil daripada amalan perancangan kerjaya oleh setiap kakitangan didalam sebuah organisasi.

 

Ini juga dapat dinyatakan sekiranya di dalam organisasi itu tidak mempunyai penerangan terbaik kepada kakitangan mengenai kepentingan perancangan kerjaya. Maka hasil kepincangan amalan disiplin bakal berlaku dan para pekerja bakal melaksanakan tugasan hanya kerana bekerja untuk bayaran gaji tetapi bukan disebabkan pelaksanaan tanggungjawab terbaik bagi pencapaian prestasi yang cemerlang di dalam kerjaya sendiri dan organisasi.

 

Jawatan bersesuaian dengan kemahiran, bakat dan ilmu para pekerja ini dapat dirungkaikan dengan terperinci dan tersusun atur melalui perancangan kerjaya di dalam organisasi.

 

Di dalam organisasi setiap individu bekerja harus mempunyai satu garis penyataan lengkap -  apakah kemahiran? Bagaimanakah nilai bakat perlu ada dalam diri pekerja dan adakah ilmu tersebut menghasilkan kepakaran oleh setiap individu dan diguna pakai di dalam situasi bersesuaian atau tidak.

 

Maka sekiranya para pekerja di dalam organisasi ini mempunyai nilai kemahiran, nilai bakat dan nilai ilmu terbaik tetapi para pekerja ini tidak dihiraukan atau tidak diambil kisah maka jelaslah dapat dihuraikan perancangan kerjaya di dalam organisasi itu pincang dan tidak diamalkan.

 

Perancangan kerjaya di dalam sebuah organisasi dapat memberikan satu perjalanan terbaik kepada kakitangan. Ia bagi memberi satu garis panduan lengkap untuk melihat peluang di dalam organisasi dan juga memberi satu peluang kepada diri para pekerja untuk lebih berusaha mengetahui dan meningkatkan prestasi diri sendiri.

 

Kesungguhan sesebuah organisasi di dalam menggariskan kebajikan dan masa depan pekerja ini dapat menanam nilai perancangan kerjaya dan menjelaskan bahawa organisasi bersungguh-sungguh terhadap minat dan masa depan individu di dalam organisasi tersebut.

 

dewi

 

Faktor-faktor berikut dapat digariskan bagi membantu dan mendorong pekerja dalam mengamalkan dan menjayakan perancangan kerjaya mereka sendiri:

 

  1. Para pekerja harus faham dan mengetahui apakah deskripsi kerja yang telah diamanahkan oleh organisasi. Para pekerja harus melaksanakan tugasan berdasarkan deskripsi kerja telah ditandatangani. Para pekerja melaksanakan kerja tambahan dengan banyak tetapi tidak melaksanakan atau menunaikan deskripsi kerja yang telah ditandatangi, ini amat jelas menyatakan bahawa para pekerja tersebut tidak berprestasi terbaik kerana gagal memahami dan melaksanakan deskripsi kerja.

 

  1. Di dalam organisasi wujud beberapa peluang pekerjaan. Sebagai contoh, para kakitangan akan diberi peluang untuk memohon kenaikan pangkat atau menyertai program latihan. Peluang pekerjaan yang dinyatakan itu memerlukan maklumat terkini dan terperinci. Maklumat terkini dan terperinci ini dapat membantu para kakitangan untuk merancang kerjaya dengan terperinci.

 

  1. Penerangan terperinci daripada hasil prestasi kakitangan oleh pegawai di dalam organisasi, penerangan ini melibatkan nilai prestasi, kelebihan dan kelemahan para pekerja. Penerangan terperinci ini bakal membantu para pekerja menentukan matlamat kerjaya dan bagaimana perancangan kerjaya perlu dilaksanakan dengan lebih terbaik dan berkesan.

 

  1. Para pekerja sudah pasti mempunyai satu sikap meletakkan nilai keadilan dan kesaksamaan dari segi peluang memajukan kerjaya itu wujud atau tidak. Keadaan ini bakal mewujudkan penyataan pilih kasih di dalam pengamalan tugasan atau kenaikan pangkat.  Kepincangan sikap ini bakal terjadi sekiranya para pekerja itu tidak faham apakah perancangan kerjaya yang dilaksanakan oleh diri sendiri dan di dalam organisasi.

 

Namun sekiranya para pekerja faham bahawa kepincangan pengamalan tugasan yang diamalkan dan mengapa kenaikan pangkat itu tidak berpihak kepada diri sendiri, ini dapat memberi penerangan jelas tentang kelemahan diri dan apakah perancangan terbaik perlu dilaksanakan bagi menunaikan peningkatan prestasi kerja dan justeru kenaikan pangkat.

 

Perancangan kerjaya bukan saja perlu digariskan oleh sebuah organisasi, perancangan kerjaya itu perlu difahami oleh setiap individu.

 

dewi

 

Pemahaman mengenai perancangan kerjaya itu bukan saja sebagai kakitangan di dalam organisasi tetapi perancangan kerjaya itu perlu ada di dalam setiap diri individu.

 

Kepentingan pemahaman perancangan kerjaya juga amat perlu diberikan, maka penerangan informasi mengenai apakah definisi dan faktor-faktor wujud bagi menggalakkan amalan perancangan kerjaya di dalam diri sendiri dan organisasi perlu diutamakan.

 

Penerangan informasi ini juga amat sesuai dijelaskan kepada para pelajar dan ahli perniagaan. Sebagai contoh, pelajar sekolah menengah, kolej, universiti dan ahli perniagaan persendirian.  Penerangan informasi mengenai perancangan kerjaya ini bakal meningkatkan semangat dan memberi penerangan apakah usaha yang amat diperlukan bagi merealisasikan pencapaian perancangan cita-cita untuk setiap individu tersebut.

 

Kehendak, aspirasi setiap individu merupakan satu dapatan sikap personal individu bagi tujuan mencapai cita-cita.

 

Kehendak, aspirasi dan cita-cita ini mempunyai kaitan terperinci dan khusus kepada pelaksanaan perancangan kerjaya telah difahami dan dilaksanakan oleh setiap individu. Maka penentuan maklumat dan matlamat perancangan kerjaya merupakan tanggungjawab peribadi setiap pekerja (individu), tanggungjawab peribadi ini akan dilaksanakan di dalam organisasi dan pasti kepada setiap diri individu dalam melaksanakan dan menggariskan perancangan untuk kerjaya diri sendiri.

 

Dengan penjelasan ini, ia telah menyatakan kepentingan pemahaman perancangan kerjaya di dalam organisasi dan juga perancangan kerjaya di dalam diri sendiri. Kepentingan pemahaman ini amat jelas bagi mencapai kejayaan dalam usaha perniagaan dan juga sebagai kakitangan di dalam sebuah organisasi.

 

dewi

 

Individu yang mempunyai dan menceburi bidang perniagaan harus faham apakah maklumat penting tentang peluang terkini.

 

Faham dan mendapatkan maklumat mengenai peluang terbaik di dalam perniagaan itu merupakan satu perancangan perniagaan dan perancangan kerjaya.

 

Di dalam bidang perniagaan, individu perlu memahami apakah perancangan semasa dalam menjayakan perniagaan hingga tahap cemerlang.

 

Perancangan perniagaan berbeza dengan perancangan kerjaya. Perancangan kerjaya perlu difahami oleh setiap individu. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut terlibat dengan bidang perniagaan maka perancangan perniagaan individu itu perlu ada pemahaman mengenai perancangan kerjaya didalam bidang perniagaan yang diceburi.

 

  1. Pastikan diri sendiri menyertai program pendidikan kerjaya. Pengetahuan ini bakal menimbulkan kesedaran mengenai keperluan perancangan kerjaya.  Individu pasti mempunyai apakah matlamat utama di dalam perniagaan namun pasti ada yang tidak mengetahui dan tidak memahami bagaimana untuk merancang dan mencapai matlamat tersebut.

 

  1. Pemahaman perancangan kerjaya dapat menggariskan satu panduan kepada pelaksanaan panduan kerjaya. Panduan kerjaya tersebut perlu ada di dalam diri sendiri. Panduan ini dapat membantu individu untuk merancang kerjaya di dalam bidang usaha masing-masing. Maklumat dan informasi terkini mesti digariskan ini bagi menjadikan panduan kerjaya bakal dirujuk itu terkini dan berkesan.

 

  1. Kewujudan keadaan persekitaran bakal menjadikan penilaian persekitaran sebagai satu aspek penting dalam menggariskan perancangan kerjaya. Diri sendiri sebagai ahli perniagaan atau jenis pekerjaan yang lain itu perlu mengkaji, bagaimana perkembangan bakal muncul di mana peningkatan semasa ini membantu kepada setiap individu untuk memahami perhubungan keadaan persekitaran dan perancangan kerjaya individu tersebut.

 

Merealisasikan perancangan kemajuan kerjaya sudah pasti ada dirancangkan di dalam diri sendiri. Maka jelas perancangan kerjaya digariskan sebagai satu rumusan rancangan kerjaya untuk mencapai kejayaan semasa dan akan datang.

 

dewi

 

Usaha dalam menggariskan perancangan kerjaya dengan mengamalkan maklumat terhadap susun atur perancangan kerjaya, dan pemahaman mengenai keberkesanaan perancangan kerjaya di dalam usaha bidang diri sendiri dan juga di dalam organisasi. Usaha hebat tersebut dapat memberi prestasi terbaik, maka ini merupakan hasil kesan daripada perancangan kerjaya individu dan organisasi.

 

Penerangan mengenai perancangan kerjaya ini bakal memberi informasi mengenai huraian terperinci capaian prestasi kerja di dalam organisasi atau di dalam perniagaan persendirian.  Apa juga keputusan prestasi untuk setiap individu, setiap individu perlu mengetahui bagaimana menghuraikan panduan dan perancangan kerjaya dengan lebih berkesan untuk mencapai prestasi cemerlang pekerjaan dan perniagaan tahunan.  

 

Pencapaian prestasi kerja atau prestasi perniagaan tahun yang berlalu, sama ada prestasi tersebut cemerlang atau sebaliknya pasti telah diketahui oleh setiap individu.

 

Maka masih belum terlewat untuk setiap individu mendapatkan panduan dan perancangan kerjaya demi untuk kecemerlangan prestasi tahun 2012. Maka teruskan usaha dan fahamilah setiap individu telah dianugerahkan kelebihan dan bakat tersendiri maka dapatkan informasi dan pengetahuan, amalkan disiplin dengan terbaik maka pasti pencapaian kejayaan bakal diperolehi dengan terbaik dan cemerlang.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

Portfolio Tags