Khazanah bangkit intai pelaburan baharu demi pulihkan negara | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 12 May 2021

Khazanah bangkit intai pelaburan baharu demi pulihkan negara

 

SEMUA sedia maklum, tahun 2020 adalah tahun yang amat getir bagi semua pihak. Segala perit jerih yang kita lalui tahun lalu masih lagi dihadapi hingga kini. Semua syarikat atau pelaburan yang dibuat pastinya merosot berikutan keadaaan ekonomi yang tidak menentu lagi hingga ke hari ini.

 

Khazazah Nasional Berhad juga terkesan dengan situasi dan kedaaan ini. Pembentangan Laporan Khazah Nasional Berhad pastinya akan mencuri tumpuan penganalisis politik dan ekonomi negara.

 

Dalam pembentangan prestasi Khazanah, pada tahun 2020 Khazanah mencatatkan keuntungan operasi yang bernilai RM2.9 bilion manakala nilai keuntungan operasi bernilai RM7.4 bilion.

 

Kita semua sudah dapt menjangkakan penurunan keuntungan Khazanah ini kerana kesan daripada pandemik COVID-19. Selain itu, kesan penurunan keuntungan ini adalah daripada susut nilai pelaburan kerajaan itu meningkat kepada RM6 bilion, terutama bagi aset penerbangan dan perhotelan milik Khazanah berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya.

 

Tujuan Khazanah ditubuhkan

Khazanah adalah syarikat berhad awam yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada pada 3 September 1993.  Semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan dan diperbadankan melalui sebuah badan yang ditubuhkan bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.

 

Mandat Khazanah adalah untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia. Ini bermaksud Khazanah bertanggungjawab untuk mempertingkatkan nilai pelaburan secara mampan selain memelihara modal yang disuntik.

 

Khazanah bertanggungjawab dalam meningkatkan kekayaan negara bagi tempoh jangka panjang yang merujuk kepada tempoh yang melangkau beberapa generasi dan memastikan keperluan generasi akan datang dapat dipenuhi. Kekayaan negara yang dimaksudkan ialah merujuk kepada nilai aset kewangan Khazanah dan hasil pembangunan ekonomi untuk negara.

 

kreatif

 

Khazanah beroperasi dengan dua tunjang objektif yang jelas iaitu objektif komersial dan strategik. Objektif komersial Khazanah adalah untuk membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk negara, manakala objektif strategik Khazanah pula adalah untuk memegang aset strategik yang akan membawa manfaat ekonomi jangka panjang.

 

  • Objektif Komersial

Objektif komersial ini mensasarkan untuk menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya Indeks Harga Pengguna Malaysia ditambah 3% pada asas 5 tahun berterusan dengan tahap toleransi risiko sederhana seperti berikut:

  • Prestasi kurang baik: Tidak melebihi 10% daripada 30% kerugian tahunan.
  • Pendanaan: Tidak melebihi 10% kemungkinan kegagalan untuk mencapai 1.5% hasil portfolio.

 

  • Objektif Strategik

Objektif Strategik untuk melaksanakan pelaburan strategik, dengan keuntungan ekonomi jangka panjang, termasuk memegang aset negara yang strategik. Ini bertujuan untuk menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun pada asas 5 tahun berterusan dan mencapai objektif strategiknya Khazanah akan melabur dan mengurus aset strategik seperti yang ditentukan dan dikelaskan di bawah:
 

  • Aset strategik - Aset domestik kepentingan negara, seperti infrastruktur kritikal. Yang dipegang bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk jangka masa panjang.
  • Aset pembangunan - Pelaburan pembangunan jangka panjang yang berpotensi memberikan kesan ekonomi yang tinggi. Aset-aset ini akan dibangunkan untuk mencapai daya maju komersial yang mana pilihan realisasi nilai dapat dipertimbangkan.
  • Aset strategik baharu - Sama ada infrastruktur nasional yang berkaitan atau pembangunan dengan sasaran manfaat ekonomi yang jelas dan rancangan daya maju komersial yang dikenal pasti.

 

Siapa di sebalik Khazanah?

Pulangan tahunan dana komersial akan dilaburkan semula ke dalam dana dan diedarkan kepada kerajaan berdasarkan nisbah pembayaran yang telah dikenal pasti. Dana komersial mempunyai fleksibiliti untuk melabur di pelbagai kelas aset sesuai dengan peruntukan aset strategik dan wilayah yang berbeza dengan pilihan untuk strategi pelaburan aktif dan langsung.

 

Manakala  pelaburan dana strategik akan dikaji secara berkala berdasarkan trend utama ekonomi global dan keperluan negara, dan aset pelaburan dalam portfolio juga akan dikaji dan dinilai bagi memastikan kesesuaiannya dengan sasaran strategik.

 

Namun begitu, secara tuntasnya segala sasaran pulangan dan toleransi risiko  bagi setiapa objektif dan matlamat pelaburan Khazanah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh dikaji dari semasa ke semasa dan sebarang aliran masuk modal akan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah. 

 

Siapakah Lembaga Pengarah Khazanah sebenarnya? Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Selain itu, Khazaah dianggotai oleh Pengarah dan  Pengurusan Kanan yang terdiri daripada Menteri dan ahli korporat dalam kumpulan Ahli Pengarah Khazanah.

kreatif

 

Pengarah:

  • Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia
  • Dato' Sri Mohamed Azmin Ali,  Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
  • Goh Ching Yin, Pengarah, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan Ahli Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC)
  • Dato' Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)
  • Lau Seng Yee, Pengarah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran (NRC)
  • To’ Puan Azian binti Mohd Aziz, Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC)
  •  Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)


Pengurusan Kanan

  • Pengarah Urusan – Datuk Shahril Ridza Ridzuan
  • Ketua Pegawai Pelaburan – Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz
  • Pengarah Eksekutif Ketua, Perkhidmatan Korporat & Sokongan, Setiausaha Syarikat dan Ketua, Undang-Undang – Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin
  • Pengarah Eksekutif, Ketua, Pasaran Awam – Datuk Hisham Hamdan
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan – Faridah Bakar Ali
  • Ketua, Tadbir Urusa, Risiko dan Pematuhan – Suhana Dewi Selamat
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pengurusan Modal Insan Strategik – Latifah Daud
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Tenaga & Infrastruktur – Amran Hafiz Affifudin
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pasaran Swasta (Asia Utara) – Bryan Lim
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pasaran Swasta dan Ketua, Kumpulan Institusi Kewangan – Serena Tan Mei Shwen
  • Ketua, Pejabat Ketua Pegawai Pelaburan - Dr. Farid Mohamed Sani
  • Ketua, Aset Nyata - Selvendran Katheerayson
  • Ketua, Infrastruktur - Wong Shu Hsien
  • Ketua, Situasi Khusus – Shahin Farouque Jammal Ahmad
  • Ketua, Penyelidikan - Nicholas Khaw
  • Ketua, Strategi - Nik Sharifidin Nik Mohamed Din
  • Ketua, Komunikasi Korporat - Mohd Raslan Md Sharif

 

 

Strategi Pelaburan 2021

Walaupun keuntungan operasi Khazanah menurun daripada tahun sebelum ini, pendapatan dividen daripada syarikat pelaburannya meningkat kepada RM5.2 bilion berbanding RM3.8 bilion berbanding tahun 2019.

 

Khazanah juga menanggung susut nilai yang tinggi sebanyak  RM6 bilion bagi syarikat pelaburannya seperti Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Themed Attractions Resorts & Hotels (TAR&H).

 

Pada tahun 2020, Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) dana komersial berada pada RM95.3 bilion. Dana komersial yang tertumpu pada pelaburan untuk memelihara dan mengembangkan nilai aset dalam jangka panjang, mencatatkan kemajuan ketara dari segi kepelbagaian portfolio, selari dengan usaha pengimbangan semula portfolio.

 

Khazanah mencatatkan kemajuan dalam beberapa kelas aset, hasil daripada pengimbangan semula aset Pelaburan Swasta dalam Ekuiti Awam (PIPE), penyaluran dana tambahan dalam ekuiti awam di pasaran maju serta memanfaatkan ketidaktentuan dalam pasaran baharu muncul, sambil meneruskan pelaksanaan program pelaburan dalam pasaran swasta.

 

Bagi dana strategik Khazanah setiap syarikat pelaburannya, Khazanah membuat penyusunan semula penyata imbang bagi aset terpilih untuk memelihara nilai, memperkukuhkan barisan kepemimpinan syarikat operasi, serta pemantauan dan penilaian berterusan kesan.

 

Dalam keadaan semasa, Khazanah mengintai peluang pelaburan baharu. Dalam perancangan terbaru, Khazanah telah melepaskan pelaburannya dalam syarikat SilTerra.

 

kreatif

 

Khazanah telah menjual saham SilTerra kepada  DNeX dan firma China, Beijing Integrated Circuit Advanced Manufacturing and High-End Equipment Equity Investment Fund Center (CGP Fund) dengan  memeterai perjanjian jual dan beli saham bersyarat (SSPA) dengan harga RM273 juta.

 

Dengan penjualan saham SilTerra ini, Khazanah mengintai peluang pelaburan baharu dalam bidang bioteknologi, tenaga yang boleh diperbaharui ataupun bidang yang memberi kepentingan kepada ekonomi negara.

 

Hasil dari penjualan saham SilTerra itu, Khazanah melihat peluang menambahkan pelaburan mereka kepada syarikat Telekom Malaysia (TM) berikut permintaan yang tinggi terhadap produk TM sepanjang pandemik ini dan melonjakkan peningkatan terhadap harga saham TM.

 

TM juga dilihat mampu mengukuhkan kedudukannya kerana  permintaan kukuh terhadap saham TM, didorong oleh pengumuman kerajaan berkaitan inisiatif MyDIGITAL yang digerakkan menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, tawaran itu memberi peluang kepada Khazanah untuk meraih sebahagian hasil pelaburan dalam TM.

 

Terbaru, Khazanah berjaya memuktamadkan tawaran 53.8 juta saham TM pada harga RM5.80 sesaham, sekali gus meraih hasil kasar berjumlah RM312 juta. Khazanah menjelaskan harga tawaran itu mewakili diskaun 3.0% daripada harga penutupan pasaran bagi saham berkenaan iaitu RM5.98 pada April yang lalu. Kini, Khazanah kekal memegang kira-kira 20.1% saham dalam TM.

 

Menurut Datuk Datuk Shahril Ridza Ridzuan, dari segi pelaburan strategik, Khazanah akan melihat peluang pelaburan lain di dalam Malaysia. Mengapa di dalam Malaysia?

 

Jika Khazanah terus membuat pelaburan di dalam Malaysia ianya akan membuka peluang ekonomi dan menjana peluang pekerjaan yang lebih banyak.

 

Ia akan memberi manfaat yang lebih besar kepada negara. Namun begitu, Khazanah tetap akan melabur di luar negara melalui dana komersil. Pada tahun 2020, dari pelaburan luar negara telah menghasilkan keuntungan sebanyak 26%.

 

Kini, Khazanah akan mengenal pasti lebih banyak peluang pelaburan yang baik bagi tahun ini. Dengan mempelbagaikan portfolio global dan membina nilai mampan untuk Malaysia, pastikan Khazanah mampu untuk mencatatkan keuntungan operasi yang lebih baik pada tahun 2021 ini.

 

Tahun lalu, Khazanah telah membantu Kerajaan dengan menyumbang RM20 juta untuk menyokong usaha bantuan menerusi Rangkaian Tindakan Bencana yang menyelaraskan bantuan kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian bekalan perubatan serta pelbagai bantuan kemanusiaan lain. – DagangNews.com

 

 

SYAMSYUL SAMSUDIN adalah pensyarah kanan dan pelabur tegar di Bursa Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menganalisis kewangan syarikat dan juga banyak menulis di akhbar-akhbar utama di Malaysia berkaitan pelaburan, kewangan dan ekonomi. Kini merupakan kolumnis DagangNews.com menerusi ruangan VOLATILITI setiap Rabu.

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags