Prospek jualan kenderaan 2024 mungkin malap, AmInvestment kekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap sektor automotif
KUALA LUMPUR 22 Feb - AmInvestment Bank Research mengekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap sektor automotif terutamanya kerana pelancaran model baharu lebih rendah tahun ini, dengan jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) diunjur sebanyak 670,000 unit.