Terkini | DagangNews Skip to main content

AirAsia tawar tambang serendah RM28 ke empat destinasi domestik popular sempena kempen promosi tempat duduk percuma

KUALA LUMPUR 19 Feb - AirAsia menawarkan tambang serendah RM28 termasuk semua sehala ke destinasi popular negara seperti Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang sempena pelancaran promosi tempat duduk percuma dan jualan hebat pertama pada 2024 dengan jutaan tempat duduk

MAG dilantik rakan penerbangan rasmi MATTA, mengukuhkan pakatan lama menyokong industri pelancongan

KUALA LUMPUR 19 Feb - Malaysia Aviation Group (MAG) diumumkan sebagai rakan penerbangan rasmi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk tempoh dua tahun sehingga 2025.

 

Pendapatan berulang menara telekomunikasi, OCK Group dijangka kekal pertumbuhan hasil dua digit pada 4QFY23

KUALA LUMPUR 19 Feb - RHB Investment menjangkakan OCK Group Bhd mengekalkan pertumbuhan dua digit bagi hasil dan pendapatan terasnya pada 4QFY23 didorong hasil kerja di tapak pembinaan selain pendapatan berulang daripada menara telekomunikasi.

 

Gas Malaysia tiada pemangkin kukuh dalam tempoh terdekat, harga gas domestik diunjur turun sehingga 10% tahun ini

KUALA LUMPUR 19 Feb - Gas Malaysia Berhad tidak mempunyai pemangkin penarafan semula yang kukuh dalam tempoh terdekat, namun hasil dividen lebih 6% sepatutnya memberikan sedikit sokongan, pada pandangan Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

ACO Tech, MARii dan Geno jalin kerjasama perkasa pembangunan ekosistem EV di Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Feb - Pembekal mobiliti pintar, ACO Tech memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Geno dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk mengkaji penggunaan rumusan rantaian blok bagi infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Perbelanjaan pengguna, pemulihan eksport dan projek prasarana antara faktor pertumbuhan ekonomi 2024 diunjur 4.4%

KUALA LUMPUR 19 Feb - Perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan mengambil kira dasar monetori yang stabil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3% pada 2024 sekali lagi menjadi salah satu faktor membolehkan pertumbuhan ekonomi tahun ini kek

Kos operasi tinggi, Maybank IB unjur segmen loji sisa kepada tenaga Cypark hanya pulang modal pada FY25

KUALA LUMPUR 19 Feb - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan segmen loji sisa kepada tenaga (WTE) Cypark Resources Bhd hanya mencatatkan pulangan modal pada FY25 kesan daripada kos operasi yang tinggi.

 

PM Anwar digesa contohi Indonesia beri bantuan perayaan sebulan gaji kepada pekerja - SPCAAM

KUALA LUMPUR 19 Feb - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mandat terhadap semua majikan supaya memberikan sekurang-kurangnya sebulan gaji sebagai bantuan perayaan.

 

KPJ Healthcare dijangka catat peningkatan pendapatan pada kadar lebih pantas pada FY24, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 19 Feb - MIDF Research menjangkakan pendapatan KPJ Healthcare Bhd terus mencatatkan peningkatan pendapatan pada kadar lebih pantas pada FY24 selaras dengan pertambahan permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada populasi yang semakin tua.

 

Gelombang prasarana di Sarawak, syarikat pembinaan raih manfaat besar - RHB Investment

KUALA LUMPUR 19 Feb - Syarikat pembinaan bakal meraih manfaat daripada gelombang prasarana di Sarawak yang menyaksikan kenaikan nilai projek pembinaan berterusan sejak 2017 kecuali pada tahun 2020 ketika sektor ini terjejas teruk oleh wabak COVID-19.

 

Subscribe to Terkini