Terkini | DagangNews Skip to main content

Prospek REIT diunjur kekal stabil pada 2024 disokong permintaan ruang industri di Malaysia, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 12 Dis - MIDF Research mengunjurkan prospek Real Estate Investment Trust (REIT) kekal stabil pada 2024 berikutan permintaan kukuh untuk ruang industri di Malaysia.

 

Alliance Bank bolot 12 anugerah transformasi digital, insiatif ESG Marketing Excellence Awards 2023

KUALA LUMPUR 12 Dis - Alliance Bank Malaysia Bhd merangkul 12 anugerah untuk transformasi digital dan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pada Marketing Excellence Awards 2023, baru-baru ini.

 

Laksana pelan pemulihan status PN17, Serendib Capital muncul penyelamat Sarawak Cable

KUALA LUMPUR 12 Dis - Serendib Capital Limited muncul selaku penyelamat Sarawak Cable Berhad selepas syarikat itu mengemukakan minat bagi melaksanakan pelan pemulihan bagi mengeluarkan kumpulan itu daripada status Nota Amalan 17 (PN17) pada 5 Disember 2023.

 

HDC, SOLV Malaysia jalin kerjasama tawar akses dana bernilai RM2.67 bilion industri halal kepada PKS

KUALA LUMPUR 12 Dis -  Halal Development Corporation Bhd (HDC) mengumumkan kerjasama strategik dengan SOLV Malaysia untuk memudahkan saluran berpotensi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengakses dana melalui Platform Bersepadu Halal (HIP). 

 

Kinergy Advancement, Agromate terajui penjanaan RE kilang minyak sawit di Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Dis - Kinergy Advancement Berhad (KAB) telah bekerjasama dengan pembekal baja terkemuka Malaysia, Agromate Holdings Sdn Bhd (Agromate), untuk menerajui penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) merentasi semua kilang minyak sawit di Malaysia.

Lee Mun Fai dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi ViewQwest baharu

KUALA LUMPUR 12 Dis - Pembekal perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP) dan telekomunikasi, ViewQwest, mengumumkan pelantikan Lee Mun Fai sebagai ketua pegawai teknologi (CTO) baharu. 

 

Petronas Lubricants, B.Grimm bekerjasama bangunkan pasaran minyak pelincir di Thailand

KUALA LUMPUR 12 Dis - Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. (PLI) dan B.Grimm Technologies Group menjalinkan kerjasama bagi memanfaatkan peluang  membangunkan pasaran minyak pelincir di Thailand.

 

Yinson Production raih AS$500 juta pinjaman korporat lima tahun sokong operasi FPSO

KUALA LUMPUR 12 Dis - Yinson Production Offshore Pte Ltd peroleh kemudahan pinjaman korporat lima tahun bernilai sehingga AS$500 juta (RM2.34 bilion), termasuk akordion.

 

Senarai penuh Kabinet Malaysia, empat kementerian baharu diwujudkan 

KUALA LUMPUR 12 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet dan pembentukan empat kementerian baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

 

Sektor semikonduktor di ambang kitaran menaik baharu, TA Securities kekal penarafan ‘neutral’

KUALA LUMPUR 12 Dis - TA Securities telah mengekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap sektor semikonduktor memandangkan ia di ambang kitaran menaik baharu.

 

Subscribe to Terkini