KOMUNIKASI wujud sejak azali yang merupakan satu etika merencanakan peningkatan kefahaman pentingnya komunikasi dalaman dan luaran untuk menjadikan perubahan individu tersebut terbentuk atau tidak.
Kepentingan komunikasi kadang-kadang tidak disedari oleh diri sendiri. Apabila tidak disedari maka etika berkomunikasi itu jadi tidak berkesan dan pincang.
Kejadian tersebut memberi tanda kepada jenis tahap di dalam proses perubahan semasa. Penghuraian mengenai komunikasi amat meluas dan ia mesti memerlukan pemahaman dan kefahaman dalam memilih pendekatan komunikasi sesuai bagi mencernakan kefahaman lebih berkesan dan tindakan sepatutnya untuk setiap tujuan perubahan peribadi atau persekitaran.
LAGU
Lagu merupakan satu bahan komunikasi yang wujud dengan penjelasan sajak pendek di mana ia bakal disesuaikan dengan irama.
Telah dinyatakan bahawa lagu sudah pasti dikenali oleh setiap insan dan sebagai bahan hiburan, bacaan ilmu, dan bahan penceritaan mengenai perasaan diri sendiri, persekitaran dan ketuhanan.
Kenapa lagu diperkatakan sebagai satu bahan penting dalam merealisasikan perhubungan cekal perasaan diri sendiri dan persekitaran? Di dalam lagu terdapat satu dapatan yang amat diperlukan oleh setiap individu, ini jelas diperkatakan bahawa keperluan lagu hanya terpakai kepada individu yang memerlukan saja dan tanpa paksaan.
Lagu harus difahami sebagai asas kesusteraan berbentuk aktiviti penulisan sastera yang mempunyai kaitan hebat kepada budaya dan masyarakat.
Seni kata lagu dapat memberi gambaran pujukan dan penyataan maksud seni kata kepada kejadian, gambaran bakal kejadian, budaya, kekecewaan dan kegembiraan.
Melalui huraian definisi lagu dan seni kata lagu ini, ia jelas menyatakan kesinambungan segi kefahaman terhadap maksud lagu dan seni kata lagu adalah berbeza.
Lagu dan seni kata lagu dihasilkan oleh pencipta lagu dan pencipta seni kata lagu, dihasilkan justeru didengarkan kepada setiap individu yang mahu mendengar.
Melalui keadaan tersebut maka terbentuk dapatan pemahaman maksud lagu yang amat berlainan dan gambaran berbeza. Apabila pemahaman berlainan maka timbul percubaan amalan terhadap lagu dan seni kata lagu oleh individu dengan keadaan pemahaman berlainan.
Melalui lagu bakal ada pelaksanaan perubahan, para pendengar lagu memerlukan jaminan untuk pencapaian maksud seni kata lagu tersebut.
Adakah lagu tersebut indah didengar disebabkan oleh sepenyanyi yang berlagu itu memikat atau irama lagu yang beralun lengkap, atau seni kata lagu cukup indah maka lagu jadi cara komunikasi teguh untuk menyampaikan maksud. Mungkin juga lagu itu menjadi buruan kerana tarian yang dipersembahkan semasa irama lagu dimelodikan.
Semua pencapaian kehebatan lagu itu bergantung kepada majoritinya individu mengenali dan kadar minimum memahami seni kata lagu itu.
Kenapa perlu dinyatakan komunikasi berkesan dalam melaksanakan pembaharuan lagu dan seni kata lagu? Bagi menjamin komunikasi berkesan melalui ciptaan lagu dan seni kata lagu, individu harus faham bahawa pemilihan strategi komunikasi amat penting, pemilihan berkesan ini berupaya untuk menjadikan lagu sebagai informasi penceritaan yang memahami pelbagai prejudis bakal timbul.
Panduan berkomunikasi melalui irama lagu amat memerlukan pemahaman penyampaian maklumat dan mesej. Penerangan berulang atau kerap diperlukan bagi memastikan keberkesanan penyampaian mesej.
Saluran penyampaian maklumat mengenai lagu melalui lisan, percetakan, elektronik bakal menjamin ketepatan isi kandung lagu itu untuk sampai kepada pendengar. Maka pemahaman dan kepentingan berkomunikasi melalui lagu itu banyak memberi perubahan kepada keadaan semasa.
Bangga dengan cara penyampaian lagu sumbang
Keindahan sebuah lagu dikaitkan dengan cara penyampaian penyanyi yang indah beralun dan bukan sumbang.
Namun kini perbuatan penyampaian dengan nada lagu yang sumbang sudah tidak dijadikan sebagai satu etika penyampai lagu terbaik, kini seolah penyampaian nada lagu sumbang itu dijadikan sebagai bahan ketawa yang amat dibanggakan untuk diperkatakan atau dianugerahkan.
Siapakah bakal mempertahankan bahawa sumbang menyampaikan irama lagu dan tidak faham huraian seni kata lagu itu merupakan satu etika penyampaian nilai kualiti alunan lagu cacat?
Seorang penyampai harus peka dan faham bagaimana mengalunkan keindahan melodi dan menyampaikan penceritaan yang menikam jiwa pendengar. Sebagai contoh penyanyi itu sedar apa kelebihan dan kekurangan sebagai penyampai untuk para pendengar lagi faham maksud ayat.
Tetapi bagaimana sekiranyan penyanyi itu bangga hanya kerana para pendengar suka mendengar disebabkan beliau mengikuti acara rancangan kegemaraan atau rancangan lawak.
Maka dapat dikategorikan kepincangan berkomunikasi dalam perhubungan sesama individu melalui penyampaian lagu itu berlaku. Istilah tidak berkesan disebabkan penyampaian lagu sumbang dan ketidakfahaman terhadap barisan ayat seni kata.
Ciptaan irama lagu dan seni kata lagu dijadikan sebagai bahan lawak dengan menyampaikan alunan melodi yang salah dan sumbang maka ini bakal menyatakan maksud seni kata lagu itu berlainan dan tidak difahami maka bahan lawak bakal terjadi dan disukai ramai tanpa mereka faham.
Sekiranya saya sebagai pencipta lagu dan seni kata lagu dimana lagu dan seni kata lagu saya dijadikan bahan untuk menghasilkan bahan ketawa atau lawak dalam sebuah aktiviti, adakah saya akan merasa gembira…? Tidak!!!! Saya tidak akan gembira malah saya akan merasa malu dan kecewa. Kecewa kerana hasil lagu dan seni kata diceritakan dengan sumbang dan salah.
Jangan biarkan perilaku negatif iaitu perilaku tidak mengambil berat mengenai perlunya ada penyampaian lagu dan seni kata lagu dengan beretika. Ini perlu diambil kisah kerana majoriti kehidupan adalah hasil dari sentuhan irama lagu dan seni kata dimana ianya mempunyai pelbagai kategori, warna irama lagu dan maksud seni kata lagu.
Menjadikan cara menyampaikan irama dan seni kata lagu dengan tindakan ‘hentam tidak peduli’ ini bakal meracunkan jiwa kemanusian lalu menjadi keliru dan pasti bagi mereka, mendengar lagu bukan kerana menghayati lagu dan seni kata tetapi mendengar lagu hanya kerana isi tempat kosong di minda dan tanpa faham.
Berikut merupakan tajuk-tajuk lagu yang menjadi pilihan paling popular di Malaysia, ciptaan lagu, seni kata lagu, cara penyampian lagu dan tarian yang berbeza. Perbezaan ini telah menggariskan perubahan semasa untuk jenis-jenis lagu itu tidak pernah berhenti.
Contoh lagu Melayu Malaysia paling popular:
Dapat direncanakan, diri sendiri harus faham komunikasi wujud melalui lagu namun ia bergantung kepada amalan, etika dan ilmu setiap individu bagi memahami alunan melodi dan pemahaman seni kata.
Sekiranya tidak faham kewujudan keadaan disebabkan kepincangan cara berkomunikasi melalui lagu, ia bakal merosakkan pemahaman perhubungan persekitaran dan definisi lagu-lagu tersebut.
Seni kata yang terdapat di dalam setiap lagu perlu ada bahasa yang beradat. Pemahaman definisi bahasa merupakan cara percakapan disampaikan untuk memberi individu itu faham maksud catatan yang telah direka berdasarkan tajuk-tajuk pilihan.
Beradat bermaksud sesuatu perbuatan bersopan santun, bagaimana dengan bahasa beradab ini menyatakan maksud tingkah laku dan tutur kata yang diucapkan secara sopan dan baik.
Seni kata lagu yang dicipta perlu menpunyai maksud terbaik, sopan dan beradat. Seni kata lagu beradat bukan saja daripada kategori lagu-lagu Melayu tetapi seni kata lagu harus baik, sopan dan beradat untuk semua jenis lagu-lagu di Malaysia.
Maka harus dipraktiskan setiap ciptaan seni kata lagu perlu faham apakah nilai budaya yang ada di Malaysia, penulisan seni kata lagu itu perlu jelas dan mudah difahami oleh setiap individu pengamal budaya yang berbeza-beza di Malaysia.
Keberkesanan komunikasi di dalam penciptaan irama dan seni kata lagu amat penting. Tampalan kesan komunikasi ini bakal mencetuskan perhubungan positif atau negatif di dalam proses pemahaman, penyampaian dan penulisan hasrat dengan betul dan tepat.
Setiap individu perlu faham bahawa di dalam diri sendiri pasti ada ruang singgahan untuk menghayati melodi dan memahami seni kata lagu, namun sekiranya individu itu tidak memahami kepentingan lagu dan seni kata maka individu tersebut bakal menjadi seorang yang menentang kewujudan komunikasi melalui lagu dan seni kata.
Di dalam pemahaman dan pembentukan nilai komunikasi baik di dalam diri sendiri ia memerlukan kesediaan kepada setiap perubahan pemahaman. Sebagai contoh menghayati lagu, fahami seni kata baik dan amalkan sesuatu terbaik dalam kehidupan.
Keadaan inilah diperkatakan sebagai etika jujur dengan mengenal pasti strategi berbeza pada setiap perubahan semasa.
Peringkat perubahan dalam berkomunikasi melalui irama dan seni kata lagu amat diperlukan untuk difahami oleh setiap individu. Strategi berbeza dan nilai komunikasi itu perlu sentiasa dibincangkan kerana setiap strategi itu memerlukan irisan tajam bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang.
Kematangan setiap individu dalam menghayati susun atur seni kata lagu bakal menghasilkan keyakinan tinggi di dalam kehidupan, setiap individu mempunyai cetusan rasa bagi memperindahkan tindakan semasa.
Jangan jadikan diri sebagai seorang tidak berilmu untuk memahami apakah keberkesanan hasilan lagu dan seni kata lagu terhadap kehidupan sendiri.
Sebaran maklumat dan penceritaan terbaik melalui lagu dan seni kata amat penting, lagu dan seni kata berperanan menjadikan para pendengar mencari pembetulan atas kesilapan dan kesalahan atau eratkan perhubungan atas kefahaman diri sendiri dan orang lain.
Fikirkan kesan lagu dan seni kata lagu terhadap kehidupan sendiri, lagu dan senikata lagu amat kuat menpengaruhi jiwa setiap insan.
Maka biarlah dinyatakan bahawa setiap insan harus faham apa itu kesan lagu dan senikata lagu dalam amalan dan kehidupan sendiri. Maklumat pengenalpastian jalan cerita setiap lagu itu pasti bakal mempengaruhi ringkasan tindakan individu terhadap tanggungjawab, tatacara perhubungan individu, budaya dan persekitaran.
Getaran Jiwa - P.Ramlee
Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com
KOLEKSI DEWI
Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
Apa yang penting? KERJASAMA !
AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS
Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19
TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
Golongan belia hamba kepada hutang
Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
Pertahankan amalan berbudi bahasa
Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut