Skip to main content
Kolum DEWI - 9 April 2021

Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja

 

BAGI menandakan prestasi itu cemerlang atau sebaliknya, ia melibatkan usaha dan hasil pencapaian peribadi terbaik dan mempunyai perhubungan tepat dengan keadaan persekitaran dan kehidupan seterusnya.

 

Kenapa perlu diperkatakan mengenai nilai prestasi? Selalunya ia melibatkan pencapaian organisasi dan individu pekerja. Bagaimana dengan pengurusan pencapaian peribadi? Adakah setiap individu faham bagaimana menguruskan daya prestasi tinggi untuk setiap usaha individu tersebut.  

 

Secara terperinci diperkatakan mengenai susun atur diri para remaja untuk sentiasa ada pemahaman terperinci mengenai amalan diri dengan usaha berprestasi tinggi. Tidak ada rujukan tepat menyatakan bahawa para remaja kini sudah memahami amalan diri yang perlu diamalkan atau dipelajari bagi merealisasikan usaha ke arah nilai prestasi tinggi.

 

Persoalan bakal timbul terhadap nilai kecekapan dan sumbangan para remaja, keberangkalian persoalan tersebut mungkin diukur bukan berdasarkan nilai prestasi diri sendiri. Nilai prestasi kerja yang telah ada tetapi mungkin tidak diukur hanya berdasarkan ‘hasil tunggu dan lihat’ atau ‘ bekerja asal bergaji’ ataupun ‘saya belum bekerja tidak perlu faham tentang apa itu nilai prestasi’.

dewi

 

Kepincangan memahami nilai prestasi diri sendiri terhadap capaian prestasi secara peribadi ini merupakan satu keadaan gagal maka jelas bahawa pencapaian usaha kerja  melalui tugasan dan produktiviti telah gagal, tidak difahami malahan tidak diusahakan.

 

Dalam perkembangan individu dan remaja kini, amat jelas diperlukan nilai individu dan remaja harus faham,  bagaimanakah pengukuran nilai capaian prestasi peribadi tersebut? Dan bagaimana menjanakan capaian ke arah usaha  kecemerlangan peribadi dan capaian cita-cita sendiri? 

 

Adakah para remaja yang telah tamat masa persekolahan menengah dan justeru remaja peringkat universiti atau remaja tidak pernah bersekolah telah menjadikan pengetahuan nilai prestasi diri sendiri itu sebagai panduan jelas bagi menyusun atur perjalanan peribadi seterusnya untuk mencapai cita-cita yang telah dirancang?   

 

Persoalan ini menjadikan satu penghuraian tepat bahawa penahaman cara penyusunan capaian prestasi diri sendiri perlu diambil peduli bagi menbantu para remaja dalam membentuk arah panduan penyusunan pencapaian kecemerlangan diri sendiri.

 

Faham nilai prestasi diri sendiri

Cadangan untuk menyatakan diri sendiri itu telah mencapai satu prestasi cemerlang akan tergendala kerana individu sendiri tidak memahami, apakah maksud nilai prestasi peribadi?

 

Nilai prestasi diri bukan saja diguna pakai sebagai kayu pengukur untuk para pekerja di dalam organisasi,   tetapi kini kaedah ini perlu digunakan bagi mengukur nilai prestasi diri para remaja terkini.        

 

Asas pemahaman nilai prestasi diri sendiri tersebut dapat melahirkan para remaja lebih berprestasi cemerlang dalam melangsungkan etika kerja organisasi atau etika kerja sendirian.

 

Berikut digariskan nilai peribadi individu yang mempunyai kelebihan peribadi mencapai prestasi tinggi dalam kehidupan peribadi atau organisasi :

  1. Mempunyai nilai diri terbaik terhadap pengamalan pembelajaran berterusan
  2. Daya usaha  tekun, amanah dan rajin
  3. Menjadikan nilai kepimpinan sebagai panduan dan dibentuk ke arah kreatif dan berinovatif
  4. Menjalinkan perhubungan jujur amanah dan mesra
  5. Membentuk dengan mendapatkan ilmu mengenai kepakaran diperlukan bagi bidang yang telah dipilih
  6. Berusaha menjadikan nilai produktiviti tinggi sebagai panduan kecemerlangan peribadi
  7. Sentiasa berusaha untuk mendapatkan nilai kemahiran baru
  8. Amanah dan berdedikasi atas usaha yang dirancangkan
  9. Mempunyai panduan untuk mencapai kualiti terbaik untuk prestasi peribadi
  10. Sentiasa bermotivasi dengan memberi dorongan terbaik terhadap usaha semasa
  11. Sentiasa mempunyai penilaian tepat untuk menilai kecekapan peribadi diri
  12. Faham nilai etika dan integriti personal itu perlu wujud kekal dan terbaik

 

 

Di dalam bilangan 12 nilai peribadi individu ini, persoalkan kepada diri sendiri. Adakah peribadi diri sudah mempunyai 12 nilai peribadi individu iaitu kelebihan peribadi dalam mencapai prestasi tinggi dalam kehidupan peribadi atau organisasi?           

 

Sekiranya tidak ada pun 12 nilai peribadi individu ini maka persoalkan diri sendiri,  kenapa 12 nilai peribadi tersebut tidak ada di dalam diri sendiri?

 

Para remaja atau individu berprestasi tinggi dalam kehidupan peribadi  menjadikan lingkaran prestasi tinggi atau hebat ini sebagai dorongan yang cekal bagi menjadikan peribadi lebih berusaha dengan cekal, berdispilin diri, sayangkan diri sendiri, dan bakal melihat persekitraan untuk berterusan berusaha membangunkan diri sendiri, bersifat positif dan jujur.

 

dewi

 

 

Dapat dinyatakan kepada individu iaitu tertumpuh kepada para remaja, dimana mereka menonjolkan nilai prestasi rendah terhadap usaha capaian kecemerlangan peribadi kini dan akan datang, dapat dinyatakan golongan ini mempunyai banyak kelemahan. Namun kelemahan yang digariskan boleh diatasi sekiranya indivdiu atau para remaja itu faham nilai peribadi diri sendiri  dan pendekatan strategi pembangunan diri sendiri.

 

Kelemahan peribadi diri dapat dinyatakan seperti berikut:

  1. Tidak faham nilai prestasi diri sendiri
  2. Tidak ada inisiatif dan daya usaha untuk memahami nilai prestasi diri sendiri
  3. Tidak kreatif dalam usaha membentuk kehebatan diri sendiri dengan penghasilan inovasi tersendiri
  4. Pengamal ‘tunggu dan lihat’ tanpa capaian usaha.
  5. Tidak membuktikan kemajuan melalui hasil kerja yang perlu progresif
  6. Sentiasa tidak mengambil peduli dasar pencapai prestasi dan tidak produktif
  7. Tidak ada garis panduan kemajuan dalam matlamat hidup
  8. Nilai etika dan integriti lemah, tidak diambil peduli
  9. Tugasan yang perlu dilaksanakan tidak difaham dan kurang cekap
  10.  Nilai motivasi diri rendah
  11.  Tidak ada usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peribadi.
  12.  Tidak jujur dengan diri sendiri

 

 

Para individu atau remaja ini amat memerlukan perubahan, perubahan tidak akan berlaku dengan berkesan sekiranya diri sendiri tidak faham apakah nilai prestasi sebenar di dalam pencapaian prestasi diri sendiri. 

 

Nilai produktif dan berdaya maju itu  amat diperlukan, maka diri sendiri perlu mendapatkan dan memahami apakah kesan nilai bimbingan dan ilmu pengetahuan bagi membina nilai kemahiran peribadi untuk menjadikan diri tidak lemah mala mempunyai usaha untuk lebih bersemangat, berproduktif dan berdaya maju.

 

Adakah 12 nilai kelemahan diri tersebut ada didalam diri anda? Sekiranya wujud, diri sendiri perlu mendapatkan panduan bagi membantu untuk lebih bersifat proaktif dan berusaha.

 

Memahami nilai prestasi diri sendiri dengan menggariskan 12 nilai cemerlang diri dan 12 nilai kelemahan diri sendiri dapat membantu secara peribadi kepada pembangunan diri dan pengamalan nilai etika dan perubahan untuk lebih berkesan.

dewi

 

Para individu terutama kepada golongan remaja, pemahaman nilai prestasi diri ini amat berkesan kepada pembentukan kecemerlangan terhadap dapatan diri sendiri dan panduan capaian kecemerlangan akan datang. 

 

Golongan remaja tidak boleh dikategorikan sebagai golongan yang terlalu muda untuk memahami apakah nilai prestasi diri? Jadi mereka perlu segera memahami nilai prestasi diri sendiri bagi membantu mereka supaya tidak ketinggalan kerana arah yang ada sentiasa berubah dan mengelirukan.

 

Aspek nilai prestasi diri perlu mendasari agenda pembangunan diri sendiri, pengamalan etika dan usaha semasa.  Rombakan paradigma di dalam kehidupan diri sendiri ini perlu melibatkan strategi pembelajaran,  pembentukan nilai peribadi diri sendiri, siapa diri sendiri, apakah bakat yang ada di dalam diri sendiri, dapatkan latihan bagi memantapkan usaha diri, memahami nilai pembangunan,  memahami nilai bakat diri sendiri, sentiasa jujur, amanah dan bermotivasi terhadap diri sendiri.

 

Kualiti diri sendiri itu bakal terlahir dengan berkesan sekiranya pemahaman dan pengamalan nilai prestasi untuk diri sendiri difahami dan diamalkan dengan betul dan terbaik.     

 

Bersedialah untuk mengamalkan konsep pemahaman pencapaian prestasi diri sendiri dalam kehidupan peribadi,  kerana ia bertujuan meningkatkan kualiti diri kearah lebih berpotensi dan mempunyai kualiti ke arah kepakaran yang terbaik.

 

Sekiranya golongan remaja Malaysia dalam kalangan pengamal dan penilai prestasi peribadi, Malaysia telah melahirkan golongan remaja yang mempunyai strategi integriti dalam menyusun tranparensi, disiplin, nilai-nilai murni, kecekapan dan justeru mempunyai nilai pengurusan diri sendiri  berintegriti dengan dapat mencorakkan satu tenaga usaha  produktif dan memberi keuntungan besar kepada peribadi diri dan juga negara.

 

Maka usahakan kejayaan dan kecemerlangan pembanguan kerjaya dalam pengurusan para remaja dengan memberi pemahaman, mengamal pengukuran dengan tepat nilai prestasi diri di usia remaja lagi.

 

 

dewi

 

 

Namun tidak diperkatakan usia selepas remaja itu tidak perlu mengamalkan nilai prestasi diri tetapi usia tua daripada remaja itu sepatutnya dijadikan panduan dan tempat merujuk. Kalau tua dan muda tidak faham siapa tempat merujuk?   

 

Maka dapat fahami betapa pentingnya  “Fahami, Amal, dan Ukur dengan tepat nilai prestasi diri di usia remaja lagi”.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan

Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri

Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang

Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags