Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
STATISTIK semasa menyatakan jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat, ini dapat menghasilkan kebimbangan tinggi, adakah tahap tidak ambil peduli rakyat Malaysia juga meningkat.
Ini mungkin disebabkan sebilangan besar mereka sudah bosan untuk mengamalkan penyekatan penyebaran COVID-19, tetapi kumpulan ini tidak mengetahui bahawa merekalah dikategorikan sebagai individu yang mengizinkan penyerangan jangkitan tersebut berleluasa.
Dengan ini dapat dihuraikan mengenai satu usaha tindakan untuk memberi penerangan dan cadangan penggunaan Prinsip Etika Individu (PEI) ialah satu cadangan terbaik kepada pelaksanaan, perhubungan dan amalan Pelan Strategik (PSI) bagi memberi jawapan kesan COVID-19 kepada keadaan dan kehidupan semasa.
Kerangka konsep Drdtaj4000/sc#cv-19+@- ini telah menyatakan bagaimana keadaan sikap individu sebelum ada jangkitan COVID-19, dan keadaan sikap individiu sentiasa ada jangkitan COVID-19.
Kerangka konsep ini juga menyatakan hubungan keadaan sikap individu sebelum ada jangkitan Covid-19 dan keadaan sikap individu di dalam keadaan semasa yang diliputi jangkitan COVID-19 dan keberangkalian tinggi untuk mendapat jangkitan tersebut.
Secara jelas dinyatakan jangkitan COVID-19 dalam keadaan sebelum dan semasa telah memberi kesan kepada keadaan semasa ianya melibatkan masyarakat dan perbezaan pengamalan kehidupan semasa.
Penghasilan Kesan kepada keadaan semasa itu melibatkan masyarakat dan perbezaan pengamalan kehidupan. Maka hasil daripada keadaan sikap individu sebelum ada jangkitan COVID-19 dan keadaan sikap individu semasa telah diperhati dimana ia memberi satu penghubungan kepada prinsip etika individu dan penyataan kepada pembentukan pelan semasa sebagai pelan strategik individu.
Ia dinamakan Prinsip Etika Individu (PEI) yang memberi perhubungan kepada Pelan Strategik Individu (PSI). Perhubungan tersebut memberi dapatan laporan positif dan negatif kesan keberadaan COVID-19 kepada penghidupan semasa individu di masa ini.
Namun demikian, keberangkalian perhubungan terbaik kepada jawapan pengamalan prinsip etika individu dan pengamalan prinsip etika individu tidak terjawab dengan baik sekiranya tidak ada tindakan dan penyusunan terbaik.
Sebagai contoh pemahaman mengenai hasil dan kesan daripada pengetahuan perhubungan di antara sikap individu sebelum wujudnya jangkitan COVID-19 dan sikap individu semasa keadaan menghadapi serangan COVID-19.
Keadaan sikap individu sebelum serangan COVID-19
Sebelum berlakunya pandemik, individu dalam keadaan ‘membuat hal sendiri’ dan melaksanakan tugasan-tugas semasa dan pergi bercuti.
Kegembiraan dihasilkan tanpa arahan atau peraturan dan tidak ada sesiapa mengambil tahu, begitu juga kesedihan dijadikan satu keadaan mesti diselesaikan secara bersendiri.
Keadaan sikap individu sebegini dikategorikan sebagai :
1) Kumpulan individu terbaik, iaitu kumpulan akan mengambil tahu dan menjaga dengan tertib keadaan diri sendiri dan keadaan individu persekitaran, sebagai contoh adakan aktiviti kemanusian bersama dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti aktiviti kemanusian, aktiviti sumbangan kepada memerlukan dan aktiviti bersama masyarakat setempat.
2) Kumpulan individu kedua ini adalah dikalangan kumpulan individu tidak terbaik dimana kumpulan ini melaksanakan pelbagai aktiviti berdasarkan bayaran dan sumbangan diterima dengan tidak amanah, amalan tidak jujur dilaksanakan sebagai contoh sebarangan sumbangan dijadikan sebagai pembelanjaan untuk diri sendiri.
Kumpulan tidak terbaik ini terlalu aktif dalam melaksanakan tanggungjawab diklasifikasikan sebagai tanggungjawab berbayar dan meletakan nilai bayaran terhadap susunatur aktiviti masyarakat maka masyarakat kategorikan keadaan tersebut sebagai sumbangan bermakna.
3) Kumpulan langsung tidak mengambil peduli kepada keadaan semasa dan hanya melaksanakan aktiviti peribadi tanpa memperdulikan apa berlaku persekitaraan. Kumpulan ini dikategorikan sebagai kumpulan tidak mempunyai keupayaan dalam melaksanakan atau menyertai kehidupan bermasyarakat disebabkan tergolong kepada golongan miskin, berpenyakit, cacat dan gila.
Apabila didapati tiga kumpulan dikategorikan sebagai Kumpulan Individu terbaik, Kumpulan individu tidak terbaik dan Kumpulan individu tidak pedulikan keadaan semasa dan persekitaraan.
Tiga kumpulan ini terdapat di dalam masyarakat dinyatakan sebagai sikap individu sebelum serangan penyakit COVID-19, makin jelas sebarang aktiviti mereka laksanakan berdasarkan sikap dan kepercayaan.
Malah keupayaan diri sendiri amat bertujuan kumpulan pertama mendapatkan sesuatu di dunia dan akhirat, kumpulan kedua mendapatkan sesuatu untuk kemewahaan seperti nilai nama ternama dan harta dan kumpulan ketiga amat mengharapkan perubahan yang direncanakan tetapi perubahan tersebut diberi kepada mereka namun tidak diusahakan dengan bersungguh.
Ini disebabkan sikap bergantung kepada memberi dan mengharapkan ia berulang sehingga menjadikan sikap diri menjadi tidak peduli pembelanjaan yang diberi dan tidak peduli usaha sepatutnya dilaksanakan dalam kehidupan sendiri. Banyak lagi rangkaian kejadiaan atau amalan yang terdapat dalam tiga kategori kumpulan ini.
Keadaan sikap individu semasa pandemik
Apabila dinyatakan kepada keadaan sikap individu sebelum pandemik iaitu kumpulan pertama mempunyai sikap terbaik dan berusaha untuk membantu dalam merencanakan keadaan persekitaran dilaksanakan dengan usaha jujur dan amanah demi kehidupan bersama.
Kumpulan kedua mempunyai amalan sikap amat bergantung kepada berbayar dan melaksanakan tanggungjawab bermasyarakat sebagai satu nilai tidak perlu diambil peduli kerana dapatan hasil termahal dan banyak dijadikan garis panduan semasa.
Kumpulan ketiga dikategorikan sebagai kumpulan yang bersikap tidak perduli kepada keadaan semasa sebagai contoh mempunyai sikap amat mengharapkan sumbangan atau urusan untuk menyusunatur kehidupan individu dan keluarga sendiri.
Kumpulan ini bersikap percaya sumbangan atau usaha daripada kumpulan akan membantu dan percaya pertolongan pasti diusahakan keadaan tersebut mengakibatkan kumpulan ini malas untuk memgambil peduli usaha kehidupan dan mereka tidak mengambil peduli hanya tunggu dan lihat.
Apabila pandemik berlaku dan semakin tinggi bacaan jangkitan, sikap individu ada di dalam tiga kumpulan ini mula menjadi ketakutan, menjadi marah dan menjadi sedih.
Maka sikap tersebut telah menyumbang kepada perilaku
(1) cuba terus berusaha membantu
(2) cuba melarikan diri daripada keadaan semasa dengan menyimpan harta sendiri atau menambah harta sendiri dengan kesempatan yang ada dan
(3) kumpulan ini merasa takut kerana keberangkalian sumbangan dan perhatian berkurang dan mereka tidak tahu bagaimana untuk berusaha kerana sebelum ini hanya mengharap dan menunggu pemberian dari kumpulan-kumpulan tertentu.
Dengan keadaan sebegini maka lahirlah peningkatan sikap amat ditakuti berlaku di dalam diri individu hingga menjadikan diri individu tersebut menyumbang kepada usaha untuk menyusun atur dan melaksanakan sekatan tersebar meluas wabak ini.
Kepincangan usaha tersebut boleh dinyatakan terjadi dan malahan menjadikan usaha sekatan tidak berjaya sebagai contoh penglibatan sikap individu di dalam jenis kumpulan yang telah dikategorikan, berikut merupakan contoh peningkatan sikap individu berlaku semasa serangan semasa pandemik ini iaitu:
- Tekanan kehidupan - Tiga Kumpulan ini menghadapi tekanan kehidupan, seperti tekanan perasaan sedih, keliru dan takut hingga mengakibatkan individu tidak dapat membuat keputusan terbaik di dalam kehidupan, contoh perilaku seperti marah, benci dan kecewa.
- Peningkatan tahap kesihatan dalaman diri sendiri - nilai tahap tekanan kehidupan telah menjadikan diri tidak sihat seperti gila dan tidak berupaya melaksanakan usaha dan semangat didalam kehidupan sendiri menjadikan diri lemah, binggung dan tidak berupaya menjaga diri sendiri.
- Perubahan sikap - menjadikan diri sebagai seorang yang membuang masa, sebagai contoh membuang masa hanya dengan menyatakan akan nilai marah dan benci terhadap keadaan persekitaraan, membuang masa dengan mempengaruhi persekitaraan yang juga terdiri daripada mereka yang marah, benci dan kecewa akan keadaan semasa. Perubahan sikap tersebut menjadikan individu tidak dapat mengawal keadaan diri sendiri, menjadikan individu mempunyai tahap tekanan perasaan tidak terkawal, menghasilkan sikap berkualiti rendah dalam penghasilan nilai kerja, tahap kesilapan di dalam pekerjaan meningkat sebagai contoh susunatur pengurusan kerja salah menjadikan permasalahan disiplin berlaku, sebarang keputusan tidak dapat di laksanakan dengan penghasilan keputusan tepat dan terbaik.
- Komunikasi- nilai komunikasi individu menjadi pincang dimana individu menjadi seorang yang pasif, tidak aktif dan menyindiri. Sikap pasif ini menyumbang kepada ketidakberkesanan usaha menbenteras Covid-19 kepada setiap individu.
Cara komunikasi individu menjadi aggressive iaitu menjadi garang, suka menyerang dan suka mencerobohi keadaan semasa dan akhirnya nila komunikasi individu ini menjadi tegas, mungkin tegas untuk mengusahakan pembenterasan COVID-19 dan tegas dalam mentidakkan akan usaha pembenterasan COVID-19 disebabkan pengaruh informasi semasa dan masih tidak faham akan nilai utama pembenterasan COVID-19 kepada kehidupan.
Kesan kewujudan dan perhubungan keadaan sikap individu sebelum pandemik dan keadaan sikap individu semasa COVID-19
Sikap individu sebelum pandemik hingga menghasilkan tiga jenis kumpulan dan penghasilan sikap tiga jenis kumpulan indivdiu semasa serangan COVID-19 boleh dinyatakan menyebabkan kepincangan usaha dalam membenteras penyebaran COVID-19 biarpun mempunyai kaedah terperinci bagi membantu perjalanan penyebaran COVID -19 misalnya, SOP penjarakan sosial.
Prinsip Etika Individu (PEI)
PEI ini berdasarkan pemberian pemahaman dan memastikan pengamalan PEI diberi kepada setiap individu dilakukan sebagai satu garispanduan yang harus dipatuhi oleh setiap individu, ada 6 jenis perinsip PEI namun dinyatakan 3 jenis PEI tersebut seperti:
- Diri boleh dipercayai dalam menjadikan diri seorang yang beretika dalam memikul tanggungjawab dalam usaha menghidari jangkitan Covid-19 berleluasa. Apabila kepercayaan wujud ianya bakal menghidari perasaan negatif berlaku dan mencacatkan usaha membendung jangkitan, contoh perasaan negatif itu adalah Marah , Takut dan Benci
- Berfikiran terbuka, amalkan di dalam diri sendiri sifat berfikiran terbuka terutama terhadap kesan pandemik, kekurangan pakar untuk menghalang serangan jangkitan ini, dan pembendungan penyebaran penyakit dengan membuat tindakan penutupan tempat perniagaan, pelancongan dan perhubungan masyarakat. Contoh berfikiran terbuka tersebut turut serta dalam menghalang pembendungan penyebaran penyakit bermula daripada diri sendiri, keluarga, kawan dan masyarakat dengan amalan SOP dengan patuh dan jujur.
- Komunikasi, cara komunikasi seperti membesar-besarkan cerita, sebagai contoh keadaan peningkatan statistik pandemik menyatakan akan kegagalan usaha penyebuhan, menambahkan cerita, cerita yang disampaikan kepada individu yang lain dengan menyatakan suntikan vaksin menyebabkan kematian maka dua jenis komunikasi ini menyatakan usaha pembohongan berlaku dalam mempengaruhi masyarakat setempat hingga menjadikan kelancaran penyekatan wabakdaripada tersebar. Cara pengamalan komunikasi yang amanah dan jujur harus diamalkan dengan baik.
Pelan Strategik Individu (PSI)
Pelan Strategik ini perlu ada di dalam setiap individu yang mengamalkan pelan etika individu perhubungan , PEI dan PSI bakal menjadikan satu jawapan berkesan terhadap pemahaman akan usaha membenteras penyebaran wabak dalam kalangan masyarakat. Apabila jawapan itu diperolehi maka dapat dinyatakan kegagalan pembanterasan penyebaran COVID-19 melibatkan sikap individu itu sendiri.
Contoh Pelan Strategik Individu (PSI):
- Merancang: Mempertingkatkan nilai komunikasi terhadap diri sendiri dan persekitaran sebagai contoh dapatkan maklumat tepat mengenai permasalahan semasa, berusaha dalam berdialog dengan maklumat tepat, tindakan ini diusahakan dengan merancang tindakan dengan baik dan berpandukan maklumat yang tepat.
- Permahaman : Mempertingkatkan nilai permahaman secara mendalam dengan melaksanakan rancangan yang telah dinyatakan dengan menambahkan informasi yang betul, apabila sudah mempunyai ilmu pengetahuan ianya dapat membetulkan dapatan pandangan mereka yang tidak faham dengan membetulkan cara pengurusan perancangan dan kenapa perlu ada pengurusan perancangan itu di dalam diri sendiri.
- Komitmen: Menjadikan diri sendiri untuk menjadi seorang yang berkomitmen dalam benteras penyebaran COVID-19 sebagai contoh, menyatakan persoalan kepada diri sendiri dan bersedia untuk menjawab persoalan tersebut contoh, Bagaimana untuk mencapai objektif membenteras serangan COVID-19, Nyatakan usaha untuk melaksanakan strategi, sebagai contoh strategi PEI dan PSI
- Keputusan: pastikan keputusan untuk usaha tersebut dicapai dengan memastikan setiap tindakan dan pengamalan strategi tersebut diamalkan dengan jujur dan amanah
Hasil kepada kesan pandemik (positif atau negatif)
Penghasilan daripada penghuraian sikap individu sebelum berlaku COVID-19, sikap individu semasa berlaku wabak, penyataan kesan daripada kejadian sikap individu kepada penghasilan dan pengamalan perinsip etika individu (PEI) dan pengamalan pelan strategik individu (PSI) bakal memberi penerangan jelas pelaksana tindakan menyekat penyebaran virus tersebut dalam kategori positif atau negatif.
Sekiranya positif maka pengamalan dan tindakan tersebut harus dipraktiskan terperinci dengan amalan jujur dan amanah, namun sekiranya dapatan tersebut adalah negatif maka setiap individu memainkan peranan untuk mengubah cara pengamalan peribadi diri demi menbantu penyebaran virus.
Jelas penghasilan dapatan tersebut melalui huraian ini dimana kegagalan untuk membanteras penyebaran virus adalah bermula daripada sikap tidak ambil peduli, sikap marah, sikap benci, sikap tidak mahu mempelajari sebarang informasi dan mengamalkan sikap mementingkan kepuasan diri sendiri dalam membuat tindakan yang tidak tepat.
Maka kenali diri sendiri, adakah diri sendiri menjadi salah seorang penyebab kegagalan atau kepincangan penyekatan penyebaran virus?
Cuba fahami strategi PEI dan PSI (Drdtaj4000/sc#cv-19+@-) ini dan senaraikan perlakuan yang terdapat di dalam diri sendiri pastinya jawapan bakal diperoleh iaitu “saya adalah seorang telah menyebabkan penyekatan penyebaran COVID-19 tersebut pincang dan gagal” atau “saya adalah seorang telah berusaha membantu penyekatan penyebaran COVID-19”.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com
KOLEKSI DEWI
Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
Apa yang penting? KERJASAMA !
AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS
Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19
TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
Golongan belia hamba kepada hutang
Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
Pertahankan amalan berbudi bahasa
Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut