Dunia `online' menghakis kehebatan nilai bakat individu | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 30 Apr 2021 08:00 AM

Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu

 

 

ADAKAH kewujudan sistem komunikasi secara dalam talian atau online, kini telah menghakis kehebatan nilai bakat individu?

 

Atau adanya bakat tersendiri itu semakin padam kerana tidak ada sudah nilai perjuangan di dalam diri individu untuk terus berjuang bagi membuktikan kewujudan bakat dalam diri sendiri.

 

Ini kerana sudah ada jalan mudah untuk meletakan nilai bakat orang lain ke dalam diri sendiri dan melahirkan bakat palsu di dalam amalan kehidupan.

 

Apabila direnungkan, banyak bukti menjadikan individu sudah tidak mempedulikan nilai bakat yang telah dianugerahkan di dalam diri sendiri, makin lama makin kabur bersama kemudahan sistem dalam talian mempunyai sejuta sumber boleh membentuk bakat.

 

Tetapi ia bukan mengasah bakat dalaman setiap individu walaupun pelbagai jenis informasi boleh diperoleh secara dalam talian tetapi tidak menjadikan individu itu kenal dan dapatkan bentuk bakat yang telah wujud sejak azali di dalam diri sendiri.

 

Melalui informasi tanpa panduan itu telah mengakibatkan nilai bakat setiap individu tertanam dan individu keliru menjadi pengikut sesama sendiri.

 

Berdasarkan nilai bakat telah ditiru sesama sendiri melalui kemewahan informasi di alam maya dengan  pengaruh untuk bertujuan menghimpunkan sebanyak mungkin individu untuk terus lupa nilai bakat yang dianugerahkan dan terus menjadi peniru tegar yang lupa kehebatan bakat sendiri.

 

dewi

 

Berikut adalah contoh yang menjadikan tahap ikutan individu kini dengan nyata memperlihatkan melalui sistem dalam talian telah menjadikan proses mengasah bakat melalui pengetahuan itu tandus.

 

Sebaliknya, amalan kini ialah menanam bakat berdasarkan nilai popular diperlukan untuk diri mahu mewah dengan sumbangan ‘subscribe’ daripada mereka yang lain:
 

  1. Sanggup menjadi penari seolah pondan, biarpun itu bukan nilai bakat diri sendiri tetapi nilai peniru.

  2. Menjadi pencerita atau penyampai sekadar untuk mendapatkan pulangan hebat, telah mencacatkan nilai bakat sendiri dan menjadikan lebih ramai pengikut keliru akan nilai bakat sendiri.

  3. Individu semakin keliru mengenai kefahaman nilai bakat di dalam diri sendiri terlalu kabur disebabkan usaha diri untuk meniru bakat orang lain.

  4. Pembentukan dan amalan bakat itu tidak tersusun rapi kerana bakat  diperoleh dan cuba diusahakan adalah bukan nilai bakat yang ada di dalam diri sendiri tetapi adalah pemilihan bakat untuk mendapatkan ribuan undian sebagai semangat untuk berterusan diusahakan.

 

Ada pelbagai bentuk usaha dilaksanakan oleh kumpulan berbeza bagi mengasah bakat para individu. Adakah usaha itu suatu usaha ikhlas untuk mengasah bakat individu tersebut atau dijadikan sumber utama untuk mendapatkan pulangan yang cukup istimewa?

 

Bolehkah diperkatakan usaha dalam mengasah bakat itu adalah usaha dalam menjadikan individu ini semakin keliru dalam mencari bakat sendiri. 

 

Bakat ada di dalam diri sendiri terlalu banyak, kewujudan bakat di dalam diri individu itu berangkai. Disebabkan ini, ia memerlukan pembentukan kumpulan bagi mengasingkan rangkaian bakat yang ada di dalam diri sendiri.

 

Disebabkan keadaan ini menjadikan individu yang belum tahu dan langsung tidak mengambil tahu mengenai kewujudan bakat di dalam diri sendiri menjadikan  individu ini menjadi peniru tegar dan kerap kali kecewa.

 

CARIAN BAKAT : Drdtaj4000/20/4-7a

 

Individu kosong – diasah dan mencari kewujudan bakat diri - huraikan rangkaian bakat dan pastikan ia berada di dalam kumpulan yang betul dan jelas – sentiasa diasah dengan memastikan bentuk asahan berdasarkan pemilihan nilai pengetahuan untuk pembentukan bakat tersebut - hadiri pelbagai jenis tahap ujian bagi mengetahui adakah nilai bakat yang ada di dalam diri sendiri itu mencapai peratusan yang maksimum – guna pakai bakat sendiri dengan berterusan - bimbing bakat sendiri sepanjang kehidupan dan jangan bimbing bakat orang lain.

 

Maksud bakat ada di dalam diri sendiri dan rangkaian bakat diri sendiri, ialah contohnya:

 

  1. Diri sendiri adalah seorang cenderung kepada bidang muzik, pemahaman bila cenderung kepada bidang muzik itu mempunyai rangkaian yang amat banyak sebagai contoh:
     
  2.  individu itu boleh menyanyi tetapi tidak boleh bermain muzik, pandai menyanyi itu anugerah tetapi pandai bermain muzik itu adalah usaha belajar muzik. Dasar individu itu miliki suara yang merdu dengan alunan suara tersendiri ini adalah anugerah bakat. Nilai suara anugerah itu bertambah hebat apabila sudah ada asahan bakat dilakukan dengan penambahan nilai pengetahuan dan latihan tertentu dilaksanakan.
     
  3. Penulis, nilai penulis bagi mereka yang tidak berbakat boleh diusahakan namun ada acara penyampaian penulisan yang tawar kerana di dalam penyampaian penulisan dapat menggambarkan bentuk peribadi individu tersebut.
    Sebagai contoh penulisan individu cukup berbakat,  Hamka nama sebenar Abdul Malek bin Karin Amrullah seorang penulis yang dilahirkan tahun 1908 dan meninggal dunia pada 1981 tetapi hasil penulisan masih dibaca sehingga tahun 2021.
    Penulis ini berbakat di dalam bidang penulisan dan mengasah nilai penulisan dengan sentiasa mencari ilmu untuk berterusan mengasah bakat dalam menghasilkan penulisan sehingga ini dijadikan bahan bacaan.
     
  4. Orang pertama mencipta kereta Jerman, mula mencipta kereta dari bahan bakar bensin terus berusaha dan membina perusahaan Daimler-Benz dan kini dikenali sebagai Mercedes-Benz. Ini adalah atas dasar nilai bakat yang sudah wujud di dalam diri dan diusahakan dengan pelbagai pengetahuan dan daya usaha tidak pernah berhenti.

 

Kewujudan ramai individu berbakat, mengetahui nilai bakat sendiri dan berusaha menghuraikan nilai bakat tersebut dan berterusan diusahakan dengan mencari pelbagai ilmu pengetahuan bagi menjadikan satu nilai rujukan dan bahan latihan untuk mengukuhkan nilai bakat yang telah dianugerahkan.    

 

Kebimbangan  kewujudan individu peniru lalu dikategorikan sebagai individu berbakat, kewujudan itu bakal menjadikan nilai bakat yang telah wujud dan dianugerahkan di dalam hidup setiap individu tertanam seolah menjadi mati kerana jiwa individu peniru makin berusaha mencantikkan dan percaya terhadap bakat yang telah ditiru.

 

dewi

 

Bagaimana sekiranya usaha bakat peniru itu telah disahkan oleh penilai yang tidak faham apakah sebenarnya ciri anugerah nilai bakat peniru tersebut?

 

Makin jelas penilai itu telah melaksanakan satu ruang mudah  untuk memperbanyakkan dan meramaikan individu peniru bakat-bakat yang mana tersebar luas diangkasa di panggung-panggung ‘online’. 

 

Motivasi

Bagi individu sudah sedar dan faham mengenai kekeliruan diri mengenai amalan bakat yang telah dilaksanakan selama ini, maka mulakan diri dengan memberi satu aliran motivasi diri tanpa henti dan dikuti dengan mencari nilai bakat tersebut.

 

Fahamilah bakat ini  telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa dan amat diketahui sememangnya anugerah bakat itu sudah ada di setiap jiwa manusia.

 

Berikut merupakan senarai amalan perlu dilaksanakan untuk menjadikan diri bermotivasi  mencari di mana ‘Anugerah Bakat Tertanam’ itu tetapi bukan ‘Bakat Peniru Terpendam’

 

MOTIVASI: KELEBIHAN KENAL BAKAT  SENDIRI 

Drdtaj4000/20/4-7b

           (Pemahaman ‘Bakat’ Dalam Pencapaian Marlamat dan Kejayaan/ISBN 978-967-17861-4-7)

dewi

 

Penceritaan kehebatan anugerah bakat ini terlalu luas dan terlalu banyak contoh kecurangan indivIdu terhadap anugerah yang telah dikurniakan itu.

 

Ia amat ketara disebabkan individu tidak faham indahnya anugerah bakat tersebut hingga sanggup menjadi peniru kepada insan lain, dan mungkin juga peniru daripada bakat-bakat insan sekitarnya.

 

Memudahkan acara meniru bakat orang lain itu terlalu hebat berbayar dan cepat untuk dicapai hanya ‘klik’,  tonton, buat, dan amalkan akhirnya anugerah sebagai peniru dianugerahkan, maka jadilah ternama beranugerahkan peniru sehingga akhir hayat.

 

Bagaimanakan golongan muda yang masih keliru dan terusan bangga dengan diri menjadi peniru tanpa batasan? Bimbang……

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  2. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  3. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  4. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  5. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  6. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  7. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  8. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  9. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  10. Apa yang penting? KERJASAMA !

  11. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  12. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  13. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  14. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  15. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  16. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  17. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  18. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  19. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  20. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  21. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  22. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  23. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  24. The benefits of knowing your own talent
     
  25. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  26. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut