Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 07 May 2021 08:00 AM

Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19

 

DALAM keadaan semasa, kita semua masih terikat dengan keputusan peningkatan bacaan jangkitan penyakit COVID-19. Keadaan ini serba sedikit telah mencorakkan sesuatu berbeza terhadap sistem pengurusan peribadi, perancangan latihan dan pembangunan individu atau para pekerja di dalam organisasi. 

 

Pertanyaan dan persoalan adakah pelaksanaan perancangan dan pembangunan latihan kepada individu atau pekerja di dalam latihan itu telah mencapai matlamat sebenar penerimaan dan maksud pengkhususan latihan tersebut?

 

Atau penglibatan tersebut hanya menjadi satu capaian bacaan bagi dijadikan dapatan sijil dan bilangan menghadiri latihan dan pembangunan sebagai aktiviti latihan untuk peribadi diri sendiri dan penglibatan organisasi.

 

Dalam dunia pekerjaan, nilai produktiviti merupakan satu nilai etika yang tidak boleh dipermainkan atau dipertikaikan. Produktiviti sebagai satu hasil dapatan keputusan dimana ia menghasilkan satu keputusan terbaik dalam pencapaian matlamat sebuah organisasi dan juga terhadap keputusan pencapaian matlamat bagi diri individu itu sendiri. 

 

Apabila diperhatikan,  bagaimanakah perancangan  guna tenaga iaitu yang tidak produktif hasil daripada keberkesanan pelaksanan sistem latihan?  Bagaimanakah hasil sekiranya latihan dilaksanakan hanya berdasarkan capaian bacaan pelaksaanaan latihan untuk pencapaian rekod prestasi tahunan saja?  

 

Peningkatan kemampuan individu harus mempunyai bacaan prestasi  tinggi ini bagi menyatakan peningkatan kemampuan dalam peningkatan prestasi kerja semasa dan ia bukan penilaian peningkatan prestasi hasil daripada rekod berapa bilangan hadir untuk latihan disepanjang tahun.

 

Usaha organisasi dan usaha individu bagi meningkatkan kemampuan individu meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan diri dalam organisasi mahupun dalam pekerjaan diri sendiri kini harus diperbarui..

 

Ini adalah disebabkan keadaan semasa kini telah memberi satu kesan  kritikal kepada pencapaian hasil latihan tersebut. Penilaian keperluan latihan di dalam organisasi ianya pasti akan memberi kesan positif atau negatif kepada bagaimanakah pembentukan masa hadapan strategi organisasi dan ianya melibatkan perubahan kepada teknologi dan amalan teknologi semasa. Maka keperluan individu terhadap latihan terutama dalam situasi terkini ini haruslah dilaksanakan dengan terperinci.

 

Sifat individu amat terkesan dengan perubahan pembentukan keadaan semasa di dalam organisasi dan pekerjaan sendiri, berikut dinyatakan beberapa penyataan di dalam keadaan terkini dan cadangan Tindakan perubahan yang perlu dilaksanakan:

dewidewidewi

 

dewi

 

 

Kesan keadaan iaitu sifat individu merupakan berlaku hasil daripada kejadian atau keadaan pendemik COVID-19, maka dapat diperkatakan sifat indivdiu itu dan cadangan tindakan perubahan.

 

Ini telah menyatakan keadaan nilai capaian pelaksanaan latihan kepada setiap individu, ia hanya melibatkan sifat individu. Nilai capaian pelaksanaan latihan yang berkesan amat memerlukan cadangan tindakan perubahan yang telah dinyatakan tersebut. 

 

Kesan berlaku kepada peningkatan produktiviti ini amat diperlukan dalam melaksanakan sebarang program latihan dan pembangunan dimana ia memerlukan pendekatan pemahaman sifat individu dan penyataan tindakaan perubahan sebagai panduan dalam  pelaksanaan berbagai bentuk latihan di dalam keadaan semasa pendemik COVID-19.

 

Pemahaman atau penyataan jelas mengenai sifat individu memerlukan cadangan latihan, cadangan latihan tersebut berdasarkan cadangan tindakan perubahan.

 

(KESAN KEADAAN: SIFAT INDIVIDU DAN TINDAKAN PERUBAHAN: LATIHAN/Drtaj400/21/1.2.3) Hasil yang diperoleh seperti berikut:

 

  1. Individu yang diberi pendedahan dan penerangan mengenai sifat individu ini dapat memberi para pekerja lebih bermotivasi dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kecekapan justeru menyumbangkan peningkatan prestasi berkesan, jujur dan amanah

  2. Pengurangan tahap pembaziran memberi latihan yang tidak mendapat pulangan berkesan kepada diri individu iaitu pekerja dan juga kepada organisasi.

  3. Berlaku keadaan ketidakhadiran, kemahiran dan kejujuran para pekerja dapat dikurangkan kerana sudah faham akan  sifat individu dan Tindakan perubahan justeru kepentingan nilai latihan terkini untuk diri sendiri

  4. Perolehan nilai pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan diri dan tanggungjawab pekerja itu akan menghasilkan pulangan terbaik kepada organisasi dan kenaikan pangkat untuk kecemerlangan diri sendiri

  5. Latihan semasa pendemik COVID-19 dapat dilaksanakan berterusan dengan menghasilkan pulangan terbaik dan dapat membantu para pekerja dengan memahami akan Teknik-teknik terkini berdasarkan keadaan semasa sebagai contoh bertugas dengan terbaik dan jujur semasa pendemik COVID-19.

  6. Organisasi amat berperanan dalam menyediakan Latihan dan Pembagunan kerana ini adalah satu aset pelaburan organisasi tersebut kepada keberhasilan  para pekerja yang hebat dan cemerlang.

 

Di dalam organisasi kerajaan, swasta dan perniagaan, pemahaman keberkesanan pandemik COVID-19 kepada pelaksanaan latihan, sifat indivdiu dan tindakan perubahan harus difahami serta dijelaskan dengan terperinci terutama kepada garis panduan SOP.

 

Adakah peningkatan bacaan serangan terkini ini disebabkan nilai pemahaman individu terkini sudah merosot atau lupa ataupun semamangnya mengamalkan sifat tunggu dan lihat tanpa mengambil tahu?

 

Kalau mereka yang mudah untuk dapatkan informasi mengenai pendemik COVID-19 dan SOP malas untuk faham dan laksanakan maka bagaimana pula kepada mereka yang langsung tidak faham apabila membaca garis panduan COVID-19 dan SOP? Bertambahkah bilangan pesakit? Merosotkah pendapatan? Gagalkah pelaksanaan SOP? Akan sengsarakah seperti India?

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  2. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  3. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  4. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  5. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  6. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  7. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  8. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  9. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  10. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  11. Apa yang penting? KERJASAMA !

  12. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  13. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  14. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  15. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  16. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  17. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  18. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  19. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  20. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  21. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  22. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  23. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  24. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  25. The benefits of knowing your own talent
     
  26. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  27. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut