Kaedah komunikasi untuk individu yang degil patuhi SOP COVID-19
GAGAL untuk mempengaruhi individu bagi membuat keputusan terhadap tindakan diri sendiri itu dapat dinyatakan berpunca daripada kegagalan nilai komunikasi.
Maka amat jelas dinyatakan nilai komunikasi tanpa mengenali keperluan nilai faham, gaya penyampaian komunikasi dan pendekatan komunikasi sesuai itu amat mempengaruhi keputusan kepada proses perubahan dan justeru tindakan.
Cara mempengaruhi individu di dalam membuat sebarang perubahan melibatkan nilai faham, nilai gaya komunikasi dan pendekatan komunikasi sesuai ianya mengariskan sebarang perubahan bakal terjadi.
Keberangkalian perubahan tersebut mempengaruhi pelbagai jenis tindakan bakal dilaksanakan.
Setiap perubahan akan dilakukan oleh individu pasti menghadapi tentangan positif atau negatif, sebagai contoh apabila individu tidak mempunyai nilai kefahaman yang terperinci ini menjadikan olahan komunikasi bakal di ambil menghasilkan satu perubahan negatif.
Perubahan negatif juga berlaku atas pengaruh gaya komunikasi negatif seperti mekanisme bagi memaklumkan sebarang informasi kepada sesama individu namun tahap pemahaman individu masih memerlukan penerangan yang terperinci ini boleh disebabkan pengaruh penggunaan bahasa setempat.
Maka dapat diperkatakan semakin rendah kefahaman maka semakin rendah kesediaan individu untuk menerima sebarang perubahan justeru tindakan.
Kepincangan komunikasi dari segi kefahaman, gaya komunikasi atau gaya penyampaian dan pendekatan nilai komunikasi digunakan mungkin tidak sesuai ini telah menjadikan proses perubahan itu bakal mempengaruhi nilai tindakan yang bakal dilaksanakan atau dilakukan oleh setiap individu.
Penghuraian nilai komunikasi ini amat mempengaruhi perlaksanaan perubahan terutama kesan kepada tindakan-tindakan yang bakal dilakukan, tindakan positif atau negatif daripada pihak individu ini akan menjadikan satu matlamat yang gariskan gagal dan tidak berkesan.
Dalam melaksanakan sebarang perubahan nilai komunikasi yang berkesan itu diperlukan kerana nilai ini memerlukan kerjasama di dalam diri individu itu sendiri untuk menjamin pencapaian matlamat.
Pihak berkuasa perlu memastikan capaian matlamat itu tercapai dengan terbaik dan berkesan ia perlu memberi satu penerangan jelas dari segi penjelasan dalaman dan luaran dengan menggunapakai olahan bahasa yang difahami oleh setiap individu dimana mereka mempunyai gunaan bahasa ibunda yang berbeza-beza.
Perubahan perlu dijelaskan dengan mendasarkan nilai komunikasi jelas kepada penerangan mengenai perlaksanaan tindakan, definisi kesan perubahan kepada tindakan setiap individu sama ada tindakan positif atau negatif, penjelasan hasil perancangan, kelengkapan keperluan tindakan dan nilai kejayaan yang dicapai.
Pemilihan Strategi Komunikasi
Penceritaan sesuatu tujuan itu perlu dikomunikasikan kepada setiap individu menerusi pelbagai jenis penyampaian sebagai contoh melalui sistem dalam talian internet, television atau radio.
Tetapi kita harus percaya bahawa masih ada masyarakat tidak mempunyai kemudahan terhebat tersebut, masih ada individu memerlukan penerangan bersemuka dan masih ada lagi memerlukan kaedah ‘memujuk’ dan masih ada lagi memerlukan penerangan mengguna pakai bahasa pelbagai jenis bangsa untuk mencapai tujuan faham matlamat tersebut.
Nilai pencapaian matlamat ini memerlukan kesegeraan dalam membentuk perubahan bagi mengetahui tindakan yang bakal dilaksanakan oleh setiap individu.
Bagi menjamin keutuhan berjaya kepada perubahan, pemilihan strategi komunikasi itu perlu disenaraikan dan dipastikan tepat supaya sekiranya berlaku tahap kekeliruan, kebimbangan yang maksimum untuk tindakan kritikal dapat dilaksanakan dengan segera dan betul.
- Mesej perlu ada berdasarkan tujuan. Penjelasan dan penyampaian mesej itu perlu berulang dengan jelas kepada individu, pemahaman kepelbagai jenis individu di dalam keadaan semasa itu wujud maka pembentukan pelbagai jenis mesej perlu dilaksanakan bagi mendapat hasil pemahaman yang jelas
- Saluran perlu dipastikan betul, seperti penglibatan saluran komunikasi melalui penyampaian untuk memastikan penghasilan terbaik kepada pemahaman individu tertentu.
- Setiap individu masih mempunyai satu tahap keyakinan tinggi kepada nilai komunikasi bersemuka, maka dapat dijelaskan bahawa berkomunikasi sesama individu dapat memperoleh satu nilai pemahaman dan kepercayaan lebih berkesan.
- Kesinambungan tahap pemahaman setiap individu itu menyumbang kepada kedudukan nilai faham terhadap permasalahan dan apakah tindakan peribadi yang perlu dilaksanakan?
- Nilai komunikasi akan lebih berkesan hasil daripada panduan dan pelaksanaan dilakukan dengan terbaik oleh individu utama atau ketua. Bagi mempengaruhi individu memerlukan penerangan maklumat melalui jenis-jenis komunikasi yang lain.
Penambahbaikan nilai komunikasi itu perlu dilakukan. Sekiranya tidak ada aliran betul kepada perhubungan komunikasi berterusan dan tanpa putus, maka memperbaiki strategi perhubungan komunkasi perlu dilaksanakan dengan memastikan capaian nilai mesej perubahan yang diberikan kepada sesama individu.
Penggunaan dan penyediaan saluran tepat bakal memberikan kesan maksimum berbanding sekiranya hanya mempunyai satu nilai saluran saja.
Tahap keraguan individu juga meningkat sekiranya informasi diberikan melalui saluran terhad bakal menjadikan individu masih tidak faham dan keliru.
Dengan menyatakan tahap keraguan maksimum itu wujud, untuk menjadikan tahap keyakinan itu melonjak tinggi kaedah penerangan dan berkomunikasi secara bersemuka itu satu tindakan perlu dilaksanakan.
Bagaimana memastikan nilai komunikasi berkesan?
Dalam memastikan nilai komunikasi itu berkesan maka perlu dilaksanakan satu penerangan mengenai peningkatan nilai komunikasi berkesan bagi membantu keberkesanan tindakan untuk menyelesaian permasalahan timbul.
- Pastikan nilai komunikasi yang telah diguna pakai dan senaraikan apakah kepincangan berlaku terhadap nilai komunikasi itu sehingga menyumbang kepada kepincangan matlamat utama.
- Sediakan nilai komunikasi bertepatan, nilai komunikasi terkini adalah bersesuaian kepada golongan individu tertentu saja tetapi tidak kepada sebahagian golongan individu yang begitu rumit untuk mereka faham mendapatkan penerangan daripada komunikasi terkini kerana mereka masih lagi memerlukan penerangan melalui kaedah yang berlainan atau lama.
- Pastikan penjelasan hala tuju itu jelas dengan mendapatkan input yang dapat memberi kesan untuk proses dilaksanakan.
Mereka yang degil patuhi SOP
Penghuraian nilai komunikasi yang dinyatakan ini dapat diguna pakai dalam menjadikan penyampaian informasi kepada individu tegar atau tidak mahu mengetahui mengenai bahayanya penyakit COVID-19.
Keberangkalian peningkatan penyebaran penyakit COVID-19 ini mungkin disebabkan kepincangan nilai komunikasi kepada individu setempat, individu pelbagai jenis bangsa dan bahasa.
Melalui iklan dapat diperlihatkan temubual menyatakan kebimbangan belum memperolehi vaksin dan kegembiraan telah memperoleh vaksin ini dapat disuarakan sebagai satu pelbagai jenis pencapaian nilai komunikasi.
Tetapi bagaimana kepada mereka yang sudah pasti tidak pernah faham maksud iklan atau keperluan memahami informasi penyebaran tahap bahaya penyakit COVID-19.
Sekiranya mereka yang sudah faham maksud komunikasi melalui iklan itu seramai 90% dan 10% masih kaku, tidak mahu faham dan tidak berusaha melalui keberkesanan nilai komunikasi, maka 10% mereka itu bakal kecewakan 90% mereka yang berusaha dan menggelakkan penyakit COVID-19.
Adakah sebarang rekod yang dikepilkan dapat menghalang orang yang tidak faham dengan jelas mengenai COVID-19 atau tidak faham bagaimana penyebaran penyakit COVID-19 dan mereka yang tidak faham itu masih ke sana sini berbeli-belah di pasar raya, kedai dan kedai kampung dalam masa 2 jam?
Maka jelas dalam menggelakkan penyebaran penyakit dan penambahan bilangan pesakit, peningkatan pelbagai jenis usaha perlu dirancang dan dilaksanakan untuk setiap individu dengan memastikan adakah kita mengguna pakai kaedah penyampaian komunkasi yang betul bagi meningkatkan pemahaman bahayanya penyakit COVID-19.
Bilangan 10% orang yang tidak faham itu adalah pembawa penyakit bakal membawa lagi 90% individu yang sememangnya sudah faham apa itu COVID-19.
Prinsip komunikasi yang konsisten dan berkesan untuk semua peringkat, jenis individu dan tahap pendidikan individu merupakan penting dalam merealisasikan proses perubahan tepat, cepat menyembuhkan, menghindari dan putuskan jaringan aktif penyakit COVID-19 di Malaysia.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com
KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM
- COVID-19: Kita sudah terbiasa dengan angka besar? Tapi apa kita buat?
- Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19
- Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
- Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
- Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
- Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
- Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
- Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
- Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
- Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
- Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
- Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
- FAHAMI RUKUN NEGARA MALAYSIA
Apa yang penting? KERJASAMA !
AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS
- Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19
- TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
- Golongan belia hamba kepada hutang
- Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
- Pertahankan amalan berbudi bahasa
- Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
- Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
- BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
- Kaum hawa semakin tidak beradab?
- ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
- Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
- The benefits of knowing your own talent
- Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
- Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut