Lawan COVID-19 kita semua kena kerjasama! | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 11 June 2021

Lawan COVID-19 kita semua kena kerjasama!

 

Apabila tidak faham maksud ‘bekerjasama’, ia menjadikan diri individu keliru dalam membuat sebarang keputusan maka tujuan asal di dalam istilah ‘bekerjasama’ itu pudar dan bakal hilang.

 

Kerapkali dibicarakan perkataan yang sama iaitu ‘bekerjasama’ ‘kerjasama’ tapi masih juga dapatan hasilan diharapkan itu pincang.

 

Apabila pincang menjadikan penambahan ego seseorang individu itu semakin meningkat kerana terlintas di minda ungkapan ‘biarlah’ maka ‘rasalah’ ‘saya tidak peduli’ atau ‘tidak tahu’ lagi kasar perkataan tersebut ‘lantaklah’.

 

Ungkapan ini telah menjelaskan betapa peritnya setiap individu tidak mahu faham apakah sebenarnya nilai ‘bekerjasama’ ‘kerjasama’ di dalam aliran kehidupan dan betapa tajamnya amalan ego itu melukakan harapan untuk ‘bekerjasama’bagi memcapai matlamat dengan tepat dan cepat.

 

Adakah kita sudah faham maksud ‘bekerjasama’

Ungkapkan persoalan ini ke dalam diri sendiri, tanya diri sendiri adakah kita sudah faham apakah maksud ‘bekerjasama’?

 

Dengan kehidupan sesama kita dipelbagaikan dengan corak amalan, corak kepercayaan, corak tindakan dan pelbagai bentuk corak keputusan,  ini melahirkan satu penyataan yang seringkali diungkapkan dengan bangga iaitu kehidupan pelbagai kaum, agama dan kebudayaan dapat hidup serumpun bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan serumpun bersama?

 

Adakah contoh terkini semasa iaitu bilangan  jangkitan COVID-19 seluruh Malaysia melahirkan bacaan bilangan jangkitan masih lagi tidak stabil itu telah menyatakan nilai ‘bekerjasama’ sesama masyarakat tidak wujud atau pincang?

 

Adakah penyataan keberangkalian berlaku kenaikan bacaan jangkitan itu adalah disebabkan kepincangan nilai ‘bekerjasama’ sesama masyarakat, adakah ini dapat dinyatakan tempat masyarakat mempunyai satu bacaan jangkitan tinggi itu telah menghadapi keadaan pincang akan nilai ‘ Kerjasama’ dan ‘bekerjasama’ di dalam usaha menghidari jangkitan virus itu.

 

Adakah nilai bacaan terendah bilangan jangkitan virus ini mempunyai maksud masyarakat ditempat itu adalah mereka yang ‘bekerjasama’ dengan baik dalam menghindari jangkitan tersebut.   

 

Apabila dijumlahkan kesemua kes terbaharu adakah ianya menyatakan bahawa nilai ‘bekerjasama’ itu sudah hampir pudar dan hilang, sekira ia pudar dan bakal hilang bagaimanakah dengan kesejahteraan kehidupan sesama nanti. 

 

Persoalan-persoalan ini seringkali berlegar di benak fikiran. Berikut disenaraikan apa akan berlaku sekiranya kegagalan nilai ‘bekerjasama’ dalam kehidupan itu telah pudar:

1. Nilai tanggungjawab setiap individu terhadap persekitaran sudah tenat

2. Tidak ada maksud ‘bersama’ dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah sesama kita

3. Sudah wujud kepincangan dalam merealisasikan ‘berkongsi’ di dalam kemakmuran bermasyarakat

4. Pincang nilai kepercayaan sesama individu di sepanjang perjalanan kehidupan

5. Pembentukan corak pemikiran tanpa menilai Kerjasama sesama masyarakat

 

Maka setiap individu harus faham apakah dimaksudkan dengan nilai bekerjasama dan kenapakah ia penting untuk hasil kehidupan sejahtera.

 

Nilai bekerjasama itu harus dan patut wujud di dalam kumpulan yang telah direka untuk mendapatkan hasil terbaik.

 

Hasil terbaik itu mempunyai 2 maksud iaitu hasil terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan  kedua iaitu hasil terbaik di dalam menambahkan atau memburukkan sesuatu masalah yang mana bakal menyumbang kepada kepincangan dan kehancuran sesama manusia.

 

Jawapan jelas menceritakan setiap individu di dalam kumpulan tersebut faham apakah kesan nilai bekerjasama yang diberikan tetapi masih tidak faham jenis Kerjasama yang menjadi amalan jiwa mereka.

 

Fahamilah jenis bekerjasama mana harus menjadi pilihan, sekiranya memilih untuk bekerjasama sesama itu bagi menghasilkan pulangan yang terbaik maka ianya memudahkan apa jua usaha dalam menjadikan matlamat utama itu tercapai.

 

Manakala sekiranya memilih untuk bekerjasama itu bagi mencorakkan pulangan yang tenat terhadap situasi maka ia  menjadikan usaha mencapai matlamat utama itu pincang.   

 

Tanyalah diri sendiri adakah kita berpegang kepada jenis bekerjasama yang betul ataupun ada lagi tidak bertanggungjawab berterusan berusaha untuk tidak mahu untuk faham apakah kesan sekiranya tidak memilih jenis bekerjasama yang betul dalam menyelesaikan masalah utama.

 

Di dalam nilai ‘bekerjasama’ ia punyai pelbagai agenda, agenda itu boleh menjadikan individu bersemangat untuk bekerjasama, bersemangat untuk menjadikan matlamat itu kenyataan dan yang paling mahal adalah bekerjasama dalam mencorakkan nilai tanggungjawab yang utuh dan padu.

 

Tetapi harus dingat juga agenda yang menjadikan individu seorang ego dalam membuat sebarang keputusan atau ego dalam mencorak dan mempengaruhi bentuk keputusan juga wujud dan keadaan ini bakal teguh berusaha mempengaruhi hingga tercorak keputusan yang menyebabkan kehancuran.

 

Berikut adalah perumpamaan untuk renungan bersama:
 

 ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,

Kita hadapilah apa jua jenis cabaran dalam masyarakat dengan menghadapi kerumitan ini berusaha laksanakan tanggungjawab bagi mencapai penyelesai masalah yang bakal menghasilakan kegembiraan bersama.
 

 ‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’,

Dalam keadaan perlukan kerjasama di dalam kehidupan harian maka lahirkanlah nilai perhubungan akrab dan kasih sayang, ini bakal melahirkan semangat susah senang bersama, lahir sayang bertanggungjawab dalam mencari cara terbaik untuk menyelesaikan apa jua jenis masalah yang dihadapi.
 

 ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’,

Kemuafakatan bersama itu sudah membuktikan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tersusun dan terbaik, justeru ianya  menyatakan perpaduan sesama individu telah memberi pulangan terbaik hasil daripada perbincangan yang tersusun rapi.
 

‘Bagai aur dengan tebing’

Mari kita menjadikan hubungan sesama ini sebagai satu perhubungan rapat dimana ianya dapat membisikkan kepada diri sendiri tidak akan berhasil sesuatu matlamat sekiranya tidak dilaksanakan nilai saling bantu-membantu.
 

‘ ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’

Kita fahamilah sebarang kesilapan yang dilakukan oleh individu di dalam sebuah kumpulan biarpun sebesar kuman ianya bakal  menghasilkan akibat yang tidak terkata. Tanyalah diri sendiri mahukan kita menjadi seorang yang membuat kesilapan atas keegoan diri sendiri dan penanggung akibatnya adalah diri sendiri dan mereka yang lain?

 

Peribahasa ini telah wujud sejak dulu lagi maka sudah lama diketahui bahawa nilai bekerjasama itu adalah pengubat kepada kepincangan dan menghasilkan masalah di dalam sebuah kumpulan masyarakat.

 

Maka kenapa tidak diambil berat atau tidak dipersoalkan kepada diri sendiri adakah kita ini sudah cukup bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat di dalam sebuah kumpulan tersebut?

 

Kenapa kita tidak takut sebarang kesilapan dalam membuat keputusan bakal merobohkan keutuhan nilai bekerjasama? Kenapakah kita tidak malu bila tidak ada nilai bekerjasama di dalam kepercayaan diri sendiri itu telah membuktikan anda merupakan seorang penumpang di dalam kumpulan tersebut?

 

Dan adakah anda sudah lemah di dalam jiwa hingga mengakibatkan jiwa hanyut menjadi seorang pembisik dan mempersilakan mereka yang lain untuk terus bersama berselimut sambal ketawa padahalnya anda sudah nazak kerana sakitnya jiwa, si pesakit jiwa? 

 

Berapa seronoknya kita dapat merasa pulangan semangat bekerjasama hasil daripada mengamalkan tolong menolong antara satu sama lain dengan penuh rasa kasih sayang dan takut.

 

Maka bahagia lagi bila meraikan pencapaian matlamat yang dilaksanakan bersama dan paling bermakna bila nilai kejujuran itu kita utamakan di dalam melaksanakan semangat bekerjasama. 

 

Jangan jadikan diri sebagai seorang ‘penyebab’ kepada hilangnya semangat bekerjasama dan ‘penyebab’ kepada runtuhnya nila kerjasama sesama kita.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Hargai warisan pakaian tradisional, bukan perlekeh
     
  2. Kaedah komunikasi untuk individu yang degil patuhi SOP COVID-19
     
  3. COVID-19: Kita sudah terbiasa dengan angka besar? Tapi apa kita buat?
     
  4. Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19
     
  5. Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
     
  6. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  7. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  8. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  9. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  10. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  11. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  12. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  13. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  14. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  15. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  16. Apa yang penting? KERJASAMA !

  17. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  18. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  19. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  20. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  21. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  22. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  23. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  24. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  25. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  26. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  27. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  28. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  29. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  30. The benefits of knowing your own talent
     
  31. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  32. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags