6 perkara untuk tahu anda ada bakat atau tidak : | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 18 Jun 2021 08:00 AM

6 perkara untuk tahu anda ada bakat atau tidak:

 

 

TELAH dibincangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Pengurusan Bakat Melalui Pembangunan Peribadi’  (Fahami Diri Sendiri:’Adakah saya berbakat?’ DRDtaj4000/Berbakat/talented).  Penyataan mengenai fahami diri sendiri dengan soalan ‘adakah saya berbakat?’ 

 

Terdapat 6 penyataan ini dapat menggariskan indikator menjawab adakah anda berbakat, Contoh penyataan tersebut seperti kenali anugerah bakat sendiri, susun atur bakat sendiri, carikan ilmu pengetahuan untuk bakat diri sendiri, faham tentang dapatan bakat dan asa bakat sendiri,  mempamerkan bakat sendiri dan dapatkan pakar penilai untuk bakat sendiri.

 

Maka 6 penyataan ini telah membantu beberapa jawapan kepada persoalan seperti anda memang berbakat, anda sudah fahami bakat sendiri, sudah ada perancangan untuk sebarkan bakat sendiri.

 

Sudah ada bukti bahawa bakat ini bukan bakat tiruan dan anda sudah berusaha untuk meningkatkan hasil bakat diri sendiri.

 

Individu yang sudah fahami diri sendiri melalui pemahaman penghuraian dan aliran bakat sendiri individu tersebut, individu ini telah  mempunyai satu etika pengurusan bakat melalui pemahaman mengenai pembangunan peribadi sendiri.

 

Jawapan pasti menjawab 6 penyataan ‘fahami diri sendiri’ dan ‘adakah saya berbakat?’ iaitu:

 

dewi

 

 

Kebimbangan terhadap individu kini terutama kepada golongan remaja yang mana mereka merasa begitu seronok untuk menjadikan bakat itu sebagai satu alasan yang mereka sendiri tidak faham, apabila tidak faham mereka akan berusaha mendapatkan cadangan daripada individu yang mempunyai rangkaian penceritaan dan pengalaman mahal tetapi amat pincang sekiranya dijadikan panduan.   

 

Melalui situasi ini jelas, mereka seronok meniru bakat orang lain,  itu telah dijadikan amalan dan perbincangan hingga menghasilkan satu bahan penceritaan yang tidak diambil kisah sekiranya individu tersebut adalah seorang peniru bakat orang lain tanpa sedar kehebatan bakat sendiri.  Ketandusan faham akan bagaimana mengalirkan kewujudan bakat yang ada dalam diri sendiri tanpa dibendung oleh keadaan semasa sudah wujud, keadaan lebih diamalkan oleh sesama manusia mengagungkan pengamalan nilai bakat yang hanya berdasarkan amalan pincang.  

 

Sebagai contoh tidak mengenali bakat sendiri atau tidak asah bakat sendiri tetapi merancanakan sesuatu pembentukan diri yang terlalu singkat, mudah dan  boleh mempengaruhi orang lain, ianya jadikan diri mereka itu sebagai contoh. Ringkasnya amalan itu dipertontonkan dengan keadaan penuh warna warni menjadikan usaha mendapatkan hasil lumayan dengan mudah, sebagai contoh bila menjadi seorang ‘Mak nyah’/ ‘pondan’ atau berwatak sebagai ‘Mak nyah’/ ‘pondan’ berniaga secara maya, mengedarkan pengaruh secara maya dan mengupas hasil lumayan secara maya telah berjaya mempengaruhi jiwa-jiwa kecil yang sudah keliru, yang mana hilang sudah adanya bakat azali dalam diri itu dan diketahui bakat mereka itu masih memerlukan usaha untuk mengasah bakat sendiri.

 

Dengan itu mereka terus memilih jalan mudah iaitu meniru pembentukan diri tanpa usaha tekun.  Kini keadaan dikategorikan sebagai tahap kritikal bila ada individu meniru lakonan kehidupan individu yang bangga hidup sebagai ‘Mak Nyah’ atau ‘pondan’.   Personaliti diri menjadikan diri sebagai seorang ‘Mak Nyah’ /‘pondan’ yang mana individu itu sudah tidak ada perasaan malu malahan bangga menjadi ‘Mak Nyah’ /‘pondan’ dan ‘kaya’, sudah tidak dipersoalkan ‘kaya’ itu disebabkan pengaruh  lalu disebarkan hingga menyebabkan jiwa-jiwa jutaan manusia keliru dan terus memilih untuk juga menjadi ‘Mak Nyah’/‘pondan’ sebagai warna hidup yang amat dibanggakan.  Ada mereka begitu bangga dengan terus bertanya apakah usaha yang perlu mereka lakukan  untuk menjadi seorang berjaya dan  berpersonaliti sebagai’Mak Nyah’/‘pondan’.

 

Kepincangan personaliti itu wujud dan amalan personaliti sebagai  seorang ‘Mak Nyah’/ ‘pondan’ itu  mungkin berjaya maka pertanyaan Fahami Diri Sendiri,  ‘Adakah Saya Berbakat?’ itu sudah tidak terjawab dengan jujur dan amanah.

 

Membicarakan apakah maksud ‘personaliti’?, personaliti mempunyai himpunan emosi, bagaimana bentuk pemikiran dan perlakuan yang bakal dipertontonkan dengan itu ianya  melibatkan psikologi seorang individu. Personaliti ini amat jelas menggariskan keadaan rupa diri dapat dilihat akan nilai dalaman individu dan ianya bole dizahirkan pada luaran, maka personaliti itu mempunyai maksud yang sama dengan karektor diri setiap individu.

 

Ada satu kajian psikologi di mana ada beberapa sifat diperkatakan iaitu psikologi individu mempunyai sikap terbuka, mempunyai kesedaran, bersifat sosial bergaul, senang mencapai persetujuan dan mempunyai gangguan emosi, sekiranya kita berdasarkan sikap psikologi individu yang setuju punya personality sebagai ‘Mak Nyah’/ ‘pondan’ maka mungkin psikologi individu seperti berikut:

 

 

dewidewidewi

 

 

Melalui huraian 5 indikator psikologi individu ini ianya dapat dinyatakan individu yang mempunyai pilihan personaliti sebagai ‘Mak Nyah’/‘pondan’  mungkin mempunyai gangguan emosi maka mereka perlu sedar akan symptom tidak normal sudah ada dalam diri sendiri, mereka perlukan rawatan kerana individu ini sudah menghadapi minda bercelaru memilih personaliti salah tanpa takut, individu ini juga dalam keadaan stress maka jelas tahap kesihatan mental terganggu mungkin mereka merasa terlalu hebat sebab itu memilih personaliti tersebut. Mungkinkah mereka menghadapi Bipolar dan Fasa Mania?   

 

Pemilihan personaliti berdasarkan pilihan meniru itu dapat dinyatakan individu ini tidak faham apakah bakat sejak azali yang ada didalam diri sendiri,  dimana bakat tersebut perlu diasah dengan terperinci, diasah tanpa henti, sentiasa disulamkan dengan pengetahuan dan faham dengan teliti mengenai  amalan agama yang mesti dipraktikkan .

 

Terlalu luas penceritaan dan dapatan bila dikaitkan salah memilih personaliti sebagai ‘Mak Nyah’/ ‘pondan’, mungkin tidak faham kaitan sakit dengan psikologi dan keliru untuk kenal  anugerah bakat dalam jiwa diri sendiri. Ini bukan saja kesan kepada pilihan personaliti sebagai ‘Mak Nyah’/ ‘pondan’ tetapi banyak lagi pilihan personaliti yang salah dan kritikal. Apabila mereka dibawah umur sudah bangga untuk meniru menjadi ‘Mak Nyah’/ ‘pondan’ dan sudah tidak segan untuk ditontonkan kepada masyarakat, adakah mereka itu sakit dan mempunyai gangguan emosi?

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Lawan COVID-19 kita semua kena kerjasama!
     
  2. Hargai warisan pakaian tradisional, bukan perlekeh
     
  3. Kaedah komunikasi untuk individu yang degil patuhi SOP COVID-19
     
  4. COVID-19: Kita sudah terbiasa dengan angka besar? Tapi apa kita buat?
     
  5. Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19
     
  6. Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
     
  7. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  8. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  9. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  10. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  11. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  12. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  13. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  14. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  15. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  16. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  17. Apa yang penting? KERJASAMA !

  18. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  19. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  20. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  21. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  22. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  23. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  24. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  25. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  26. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  27. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  28. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  29. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  30. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  31. The benefits of knowing your own talent
     
  32. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  33. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut